Haiwan juga sebenarnya berhati perut sesama mereka. Mungkin mereka tidak mahu melihat rakan haiwan yang lain susah.
Seperti seekor anjing baka Golden Retriever ini yang sangat pemurah dengan membiarkan sahaja seekor burung mematuk dan menarik bulunya.
Difahamkan bahawa burung tersebut mahu menggunakan bulu yang ‘didermakan’ itu untuk membina sarangnya.
Situasi lucu namun pada masa yang sama sangat menyentuh hati itu dikongsikan oleh pemilik anjing itu sendiri.
Ia dipercayai berlaku pada 1 April lalu di New Hampshire, Amerika Syarikat, di mana individu terbabit membawa anjingnya, Raecee berjalan dan bersiar di luar rumah.
Anjing betina berusia 8 bulan itu kemudiannya penat dan dilihat berbaring seketika di luar rumah, sepulangnya mereka daripada bersiar-siar.
“Saya menjenguk ke luar untuk melihatnya dan pada ketika itu, saya melihat seekor burung mengambil bulunya untuk digunakan bagi membuat sarang”.
Lebih melucukan lagi, burung tersebut dilihat pergi ke lokasi sarang dan kembali semula ke Raecee kemudiannya tanpa anjing itu sedari.
Atau mungkin Raecee tidak kisah mendermakan bulunya sedikit untuk kegunaan burung terbabit. “Tidak mengapa, bulu saya banyak lagi”.
Untung si burung kerana dapat membina sarang daripada bulu yang berkualiti! Jangan lupa pula ucap terima kasih pada Raecee ya..
Tonton video di sini.