32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaInspirasiAnak gajah ‘buat perangai’, merengek tepi rumput buat warganet geram. Ibu bapanya...

Anak gajah ‘buat perangai’, merengek tepi rumput buat warganet geram. Ibu bapanya buat tak tahu saja..

Jika kemahuan mereka tidak dipenuhi, kanak-kanak cenderung untuk mengamuk. Tetapi nampaknya bukan manusia sahaja begitu, haiwan juga mempunyai tingkah laku yang sama.

Seperti anak gajah comel ini yang dilihat seperti ‘membuat perangai’ di hadapan kedua ibu bapanya. Situasi itu berjaya dirakam dan dikongsikan di laman YouTube.

Reaksinya yang dilihat tiba-tiba duduk dan seperti merengek di tepi rumput membuatkan ramai yang geram!

Seekor gajah dewasa kemudian dilihat bersahaja melalui anak gajah tersebut tanpa mempedulikannya langsung.

Penat anak gajah itu buat perangai, siap berguling dan membuat aksi menendang lagi namun masih tidak berjaya mendapat perhatian ibu bapanya.

Kemudian seekor lagi gajah dewasa melalui anak gajah tersebut dan masih lagi tidak mempedulikannya. Kasihan..

Berasa tindakannya itu hanya sia-sia, anak gajah terbabit kemudiannya bangun dan terus berlari mengikuti langkah gajah dewasa berkenaan.

Di ruangan komen, ada pengguna yang berkata bahawa inilah ‘senjata rahsia’ dalam mengendalikan perangai kanak-kanak.

“Jika anak-anak mengamuk atau buat perangai, abaikan sahaja macam ini. Selepas itu, mereka akan putus asa dan baik semula”.

Manakala seorang lagi pengguna menulis, “Jika anak saya buat perangai di tempat awam, reaksi saya akan sama seperti ibu bapa gajah tersebut. Buat tak tahu sahaja”.

Bernas juga bukan?

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI