25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaInspirasi“Boleh tumpang berteduh sampai taufan reda,” Oyen peliharaan bawa rakan kucingnya pulang...

“Boleh tumpang berteduh sampai taufan reda,” Oyen peliharaan bawa rakan kucingnya pulang lalu putuskan dia boleh tinggal di rumahnya buat sementara

Ketika musim taufan, angin kencang dan hujan lebat menyebabkan haiwan peliharaan bergegas mendapatkan tempat berlindungnya yang selesa, tetapi haiwan tanpa rumah dan bertuan tidak mampu bertahan di luar kerana terpaksa menanggung kemaraan ombak besar dan angin kencang yang kuat membadai.

Ketika Taufan Hajibe telah membadai Jepun, ia telah menyebabkan korban nyawa. Banyak rumah dilihat musnah akibat taufan berkenaan. Namun tidak terkecuali, tindakan orang ramai membantu golongan memerlukan yang menghangatkan hati juga dapat dilihat! 

Twitter

Oleh kerana terdapat haiwan jalanan yang tidak dapat bertahan dengan ombak membadai dan tidak memiliki tempat untuk berlindung, beberapa pencinta haiwan yang baik hati telah membuka rumah mereka supaya haiwan-haiwan jalanan ini dapat berlindung sementara daripada ribut dan hujan lebat.

Twitter

Dalam satu muat naik di Twitter, netizen @Domadoma1192 memaparkan kebaikan hati yang agak berbeza kerana ia melibatkan kucingnya. Keluarga @Domadoma1192 memelihara seekor kucing oyen. Ketika ribut berlaku di luar, kucing oyen yang comel itu membawa pulang rakan baik kucingnya yang berbulu kelabu dan putih! 

@Domadoma1192/Twitter

Rupa-rupanya kucing ini adalah kawan baik si oyen yang biasa keluar bermain bersamanya. Oleh kerana tidak sampai hati melihat rakannya kesejukan dibadai ombak dan ribut dari tempat perlindungannya, kucing oyen baik hati ini membiarkan kucing kelabu itu masuk ke dalam rumah tuannya.

Gambar kedua-dua kucing comel ini yang duduk bersama-sama melihat hujan lebat di luar telah berjaya dirakam.

@Domadoma1192/Twitter

Kucing kelabu putih itu merenung keluar rumah kucing oyen dari pintu, yang kelihatan memerhatikan angin kencang dan hujan lebat di luar, sementara kucing oyen itu memandang tuannya dengan serius, seolah-olah berkata, “Saya mahu dia duduk di sini sementara mana yang dia mahukan! Anda jangan masuk campur!”

Gambar yang menghangatkan hati-hati manusia di musim ribut. Para netizen memuji hati kucing oyen kerana terlalu penyayang, dan mengucapkan terima kasih kepada @Domadoma1192 kerana bantuannya yang membenarkan kucing itu mendapat tempat berlindung.

@Domadoma1192/Twitter

“Gambar yang sangat comel.”

“Senang mempunyai rakan seperti ini..”

“Terima kasih kerana menyelamatkan kucing..”

“Di tengah-tengah bencana, ini adalah gambar jarang dilihat yang membuat hati orang lain terasa hangat.”

“Kucing bertuah ini mesti berfikir dalam hatinya, yang dia memilih rakan baik hati dengan tepat.” 

“Diharap semua orang dan kucing-kucing berada dalam keadaan selamat.” 

@Domadoma1192/Twitter

Tindakan si oyen ini ketika menyelamatkan rakan baiknya benar-benar menghangatkan hati semua orang yang sedang berada dalam suasana sukar ketika menghadapi kesan taufan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI