Anda sudah tahu bukan yang lembu itu antara 10 spesies haiwan paling bijak di bumi. Jika ada orang seakan menyindir anda seperti lembu, ucapkan sahaja terima kasih kerana mereka sebenarnya memuji anda sebagai seorang yang bijaksana.
Spesies haiwan ternakan lembu bukan sahaja pintar, malah mereka sangat pandai meluahkan emosi.
Haiwan yang suka bertenang apabila mengunyah rumput-rumput dan makanannya itu, namun ternyata mempunyai kehidupan emosi yang kaya dan kompleks.

Saintis berkata lembu mampu merasakan emosi yang kuat ketika rasa sakit, takut bahkan di masa kecemasan, dan mereka sentiasa bimbang akan masa depan.

Rakaman video di Facebook membuktikan lembu dari India ini begitu bijaksana sehingga dikatakan lembu paling bijak di dunia.

Pemilik membuat demonstrasi untuk menguji kepintaran lembu ini dalam melindungi tuan yang amat disayangi, semuanya telah lulus belaka.

Lembu ini paling cepat bertindak dengan menurut emosinya apabila mendapati tuannya sedang berada di dalam bahaya atau diancam.

Ketika dia melihat orang asing tidak dikenali mahu menyerang dan memukul tuannya, dia gegas berlari untuk menghalang cubaan itu dengan menghunuskan tanduknya yang tajam.

Apabila melihat tuannya diikat, dia segera datang melindungi dan meleraikan ikatan tali di tangan tuan yang disayanginya.

Lembu ini pantang melihat tuannya diapa-apakan, dia akan segera datang untuk melindungi walaupun dengan mempertaruhkan nyawanya sendiri.
Seolah-olah tuannya ini sentiasa diperhatikan selama 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Cepat sahaja dia mampu menghidu bau ancaman, maka dengan segera bertindak melindungi.

Tidak hairanlah lembu ini amat istimewa dan paling disayangi oleh pemiliknya dalam kalangan lembu-lembu yang lain.
Tonton video di sini.