Menurut pakar, perbualan adalah satu cara ibu bapa untuk memberi impak yang besar terhadap memori anak masing-masing.
Kanak-kanak yang bercakap ataupun bercerita mengenai diri mereka dikatakan mempunyai lebih peluang untuk menajamkan ingatan memori mereka.
GEGAR/Facebook
Oleh kerana itulah, kita perlu meluangkan banyak masa bersama anak untuk mendengar mereka bercerita. Jika bernasib baik, kita juga akan terhibur dengan gelagat mereka.
Seperti apa yang dibuktikan menerusi video di bawah ini :
GEGAR/Facebook
Menerusi video tersebut, kita dapat lihat seorang budak lelaki muncul dengan menggalas beg. Dia menceritakan pengalamannya berhadapan dengan monyet.
Dengan penuh gaya dan semangat bercerita kepada seorang lelaki dewasa, budak tersebut berkata bahawa monyet tersebut melarikan diri daripadanya.
GEGAR/Facebook
Katanya, monyet tersebut mengejarnya dan dia bertindak dengan memukul monyet tersebut. Mungkin mahu tunjuk dirinya berani dan kuat barangkali..
Namun tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi kucing bergaduh dan keberanian budak tersebut ternyata hilang serta-merta!
GEGAR/Facebook
Daripada riak wajahnya, jelas sekali budak tersebut berasa sangat terkejut dan terus melarikan diri. ingatkan berani sangat?
Gelagat lucu budak tersebut ternyata menghiburkan ramai pengguna Facebook, yang turut meninggalkan komen seperti :
GEGAR/Facebook
GEGAR/Facebook
GEGAR/Facebook
GEGAR/Facebook
Itulah akibatnya jika kita bercakap besar. Apa pun, ia sangat melucukan!