26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 11, 2024
UtamaGlobalSeorang lelaki di Hengyang rela musnahkan kenderaan pikap sendiri demi menghebah diri...

Seorang lelaki di Hengyang rela musnahkan kenderaan pikap sendiri demi menghebah diri ‘terpaksa mengirim rokok untuk lulus pemeriksaan tahunan’

Seorang lelaki mendakwa dirinya perlu menyogok pihak berkuasa hanya kerana ketika melakukan pemeriksaan tahunan bagi kenderaan pikap miliknya, dan untuk itu dia lebih rela memusnahkan kenderaannya itu.

Satu rakaman video bertarikh 18 Januari 2021 menunjukkan Tan Binglin, pemilik kenderaan jenis pikap di Hengyang, Hunan, China tiba-tiba menjadi tular selepas dia memusnahkan pikap itu bersama satu nota di tangannya.

Kata Tan, selama tiga tahun berturut-turut ketika melakukan pemeriksaan kenderaan, dia memutuskan bahawa pemantauan gas ekzos dari Stesen Pemeriksaan Kenderaan Teknologi Tinggi Daerah Qidong tidak berguna, dan pusat pemeriksaan itu adalah ‘stesen rasuah’. 

Twitter

Tan Binglin memakir kenderaan itu di hadapan stesen pemeriksaan berteknologi tinggi tersebut lalu meremuk dan memecahkannya dengan tukul. Proses memusnahkan pikapnya itu yang berlangsung dalam masa lebih sepuluh minit.

“Saya hanya ikan keli! Saya mahu menghapuskan peraturan pemeriksaan kenderaan tahunan yang tidak betul!” Tan Binglin bersumpah dalam laman WeChat bahawa dia tidak akan menyerah kepada operasi gelap. 

Pada 20 Januari, Biro Pengawasan Hengyang, Biro Perlindungan Alam Sekitar, Polis Trafik dan jabatan lain telah bersama-sama campur tangan dalam siasatan dan menyoal siasat Tan Binglin mengenai insiden tersebut dan situasi sebenar yang berlaku. Pada hari yang sama, jabatan berkaitan Daerah Qidong turut campur tangan dalam penyiasatan dan menafikan dakwaan Tan.

Twitter

Rakaman video Tan Binglin yang menghancurkan kenderaan pikapnya dengan tukul telah mendapat perhatian kalangan pengguna media sosial di China sehingga menjadi tular.

Menurut Tan Binglin, pada 18 Januari 2018, dia membeli sebuah pikap terpakai daripada seorang kenalan tempatan. Jarak perjalanan 30,000 kilometer pada masa itu, dan kini dia memandu lebih dari 70,000 kilometer. 

Ketika menjalani pemeriksaan kenderaan pada 16 Januari 2019, keputusannya telah gagal. Seseorang mencadangkan kepada Tan Binglin, “Anda boleh pergi ke stesen pembaikan untuk dapatkan pesanan baik pulih kenderaan, dan kemudian kirimkan sekali dua bungkus rokok.” Oleh itu, dia pergi ke bengkel baik pulih kenderaan dan mendapatkan pesanan baik pulih palsu. 

“Tidak ada penyelenggaraan, hanya pesanan baik pulih palsu. Saya mengambil dua bungkus rokok lalu meletakkannya di dalam kereta, dan ujian pemeriksaan lulus,” katanya kepada media. 

Twitter

Kata Tan, “Kedua-dua ujian hanya dalam satu hari, dan di sana tiada penyelenggaraan dilakukan. Saya tidak membayar, dan lulus dengan lancar. Untuk mendedahkan penipuan dan meminta rasuah, saya menyimpan pesanan pembaikan itu dan gambar dua kotak rokok sebagai bukti.”

Pemeriksaan tahunan ketiga adalah pada Januari 2020, dan pemeriksaan kenderaan telah lulus tanpa masalah. “Ia berjalan lancar tanpa memberi wang atau rokok, dan saya sama sekali tidak memperbaiki atau mengganti penapis sepanjang tahun ini,” Tan Binglin mendakwa kali ini ia berjalan dengan lancar mungkin disebabkan terdapat dua stesen pemeriksaan baru telah ditambahkan ke Daerah Qidong, jadi terdapat persaingan sengit.

“Ketiga-tiga pemeriksaan dilakukan di stesen pemeriksaan yang sama tanpa penyelenggaraan. Lebih-lebih lagi, kereta itu telah dipandu lebih jauh selama tiga tahun berturut-turut, dari jarak asal lebih 30,000 kilometer sehingga lebih 70,000 kilometer. Tidak mungkin prestasi dan keadaan ekzos tetap sama tidak berubah atau menjadi lebih baik. Semakin baru kereta lama,” kata Tan Binglin yang percaya Stesen Ujian Kenderaan Teknologi Tinggi Qidong pasti akan melakukan penipuan, dan tujuannya adalah untuk mengumpul rasuah.

Twitter

Tan Binglin mengumumkan kepada awam bahawa dia akan mendedahkan rasuah mikro ‘lulus ujian untuk dua bungkus rokok’ itu dengan memusnahkan keretanya. Terdapat puluhan ribu kereta di Daerah Qidong. Jika setiap orang menghabiskan 70 yuan untuk rokok dalam satu tahun, berjuta-juta yuan akan dibayar secara rasuah.

Pada 18 Januari 2021 ketika insurans pikap Tan Binglin tamat, dan oleh kerana tidak mahu menghabiskan ribuan yuan untuk insurans tanpa pemeriksaan dan penyelenggaraan yang betul, maka dia memusnahkan keretanya daripada terus boleh berjalan. Tan berkata dia memikirkan tentang rasuah di stesen pemeriksaan kenderaan ketika bertindak demikian.

Tan Binglin berharap negaranya bersih daripada rasuah. Katanya sebelum ini dia tidak pernah memiliki kenderaan dan tidak pernah terlibat dalam perkara rasuah dan terpaksa menyogok pihak berkuasa. Dia jelas tidak boleh menerima ‘peraturan lain’ yang bukan peraturan sebenar yang telah ditetapkan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI