28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 15, 2024
UtamaInspirasiAnak burung nuri ini mulanya diselamatkan oleh si oyen, siapa sangka sebulan...

Anak burung nuri ini mulanya diselamatkan oleh si oyen, siapa sangka sebulan kemudian kelakuannya tidak ubah seperti kucing boleh terbang

Selain musuh tradisi si anjing, kucing biasanya pantang melihat seekor burung. Kucing pasti akan menangkapnya dan menjadikannya sebagai mangsa.

Tetapi bolehkah kucing dan burung hidup bersama? Itu menurut apa kata manusia yang ingat mereka tidak boleh dekat apabila bertemu antara satu sama lain. Jika terserempak, kedua-duanya akan berkejaran ketika berada di alam semulajadi. Perkara normal apabila kucing suka menyerang burung.

Tetapi lain kisah mengenai kucing oyen di bawah ini dengan seekor burung nuri yang nampaknya sangat akrab dan hubungannya baik-baik sahaja, sehinggakan dikatakan mereka boleh makan dan tidur bersama.

pet1314

Kisah bermula apabila seekor kucing oren bernama Lele lazimnya dibawa berjalan-jalan di tingkat atas pangsapuri setiap hari. Sebulan lalu, Lele telah menangkap dan menyelamatkan seekor anak burung nuri yang baru menetas dengan bulunya pun masih belum tumbuh sempurna.

pet1314

Lalu tuan si oyen bertanya kepada jiran-jiran mengenai anak burung itu, namun tiada siapa yang mengaku memelihara burung nuri. Maka terpaksalah burung itu diambil dan dipelihara.

Anak nuri menjadi cepat mesra dengan penyelamatnya, Lele. Dia suka sangat duduk bertenggek dan melepak di belakang Lele yang begitu murah hati untuk membiarkannya.

pet1314

Cepat sahaja belakang Lele yang gebu menjadi seperti sarang burung yang hangat.

pet1314

Seronok sahaja kedua-dua sahabat baru ini berdampingan dengan menjalin kasih sayang. Anak burung nuri comel ini berasa amat selamat berada di sisi Lele.

Terdapat juga seekor anak kucing bernama Rong Hao dalam rumah itu, dan si nuri kecil turut mempunyai hubungan yang sangat baik dengannya. 

pet1314

Tuannya sering melihat mereka bermain bersama seperti adik-beradik satu keluarga.

Sebulan berlalu dan bulu cantik warna biru si nuri kecil telah tumbuh dan dia juga membesar dengan cepat.

pet1314

Termasuk kelakuannya yang semakin nakal. Si nuri gemar menyakat kedua-dua si oyen seperti berpura-pura mahu merampas makanan kucing yang disediakan untuk si comel Rong Hao.

pet1314

Tengok ni, lihatlah dia cuba membuli saya sekali lagi!

pet1314

Ketika pemilik sedang memotong kuku Lele, si nuri nakal ini akan datang sambil duduk di atas perut Lele dan mengacau mereka.

pet1314

Pernah satu hari itu ketika tuannya masuk ke tandas, tiba-tiba si nuri terbang dan masuk mengintai manja dari bawah mangkuk tandas. Tuan pun mula naik angin lalu bertanya, “Kamu fikir kamu kucingkah?”

pet1314

Si nuri ini nampaknya belajar terbang dan mendalami sifat kucing yang suka mengintai dengan sangat cepat dan penuh maju jaya dalam masa sebulan.

Walaupun ketika di bilik air, menjadi rutinnya memerhatikan tuannya sedang mandi seperti kucing. Jika kucing berada di luar tirai mandi, si nuri pula akan terbang dan berada di atasnya untuk mengintai.

pet1314

Burung nuri dengan perangai buruk sangat menakutkan. Bimbang pula dia fikir dirinya seekor kucing. Lebih besar lagi mungkin akan pandai memburu seperti kucing jika diajar.

Nuri yang sangat suka mengacau dan memerhatikan tuannya sedang belajar. Bila kamu hendak berganjak ini? Kamu berminat belajar dengan latihan matematik ini pulakah?

pet1314

Namun apakan daya demi menyelamatkan si nuri, dan melatih kucing dan burung nuri ini sebagai teman baik, mereka dibiarkan tinggal bersama sejak kecil, sehingga mereka dapat saling menerima satu sama lain sebagai sebuah keluarga walaupun berlainan spesies.

Asal sahaja burung nuri tidak menimbulkan ancaman kepada kucing. Jangan melihat kucing selalu memandang rendah kepada semua spesies lain. Si comel boleh berkawan baik dengan rakan spesies lain yang dipilih menurut nalurinya.

pet1314

Sebenarnya, jika anda mahukan hubungan baik antara kucing dan burung, semuanya bergantung pada sikap kucing. Selagi kucing tidak menyerang burung, mereka boleh hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung, jadi tidak kira sama ada burung itu takut akan ancaman si bulus atau tidak.

Namun, tidak digalakkan seekor burung dibesarkan bersama kucing. Kucing itu sifatnya penuh muslihat dan dia sangat bijak. Hari ini burung kecil itu teman baik yang dikenalinya, tetapi mungkin juga satu hari dia boleh menjadi barang mainan di mata mereka. Bergantung kepada kehendak rasa si comel, yang anda sendiri tentukan sama ada hendak memelihara mereka bersama atau tidak.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI