Pernahkah anda ternampak burung hantu pada waktu malam? Pasti anda akan berasa cemas apabila melihat saiz mereka yang besar bak saiz kucing itu bukan? Saiz mata pula boleh tahan besar..
Burung hantu secara keseluruhannya terdiri daripada 200 spesies di seluruh dunia dan kesemuanya hanya aktif pada waktu malam.
Mungkin ramai di antara kita yang tidak berpeluang melihat mereka memburu atau makan memandangkan mereka hanya keluar pada waktu malam.
Jadi, ayuh saksikan video di bawah :
Menariknya, kita dapat lihat seekor anak burung hantu yang disuapkan makanan berupa cebisan daging kecil oleh staf veterinar.
Malah, patung burung hantu dewasa turut diletakkan di sebelahnya bagi memberi gambaran bahawa ia berkemungkinan adalah ibunya.
Bunyi burung juga turut dipasang bagi menimbulkan suasana yang membuatkan anak burung tersebut rasa selamat dan selesa.
Hufftons/Facebook
Staf tersebut juga kelihatan memakai pakaian dan sarung tangan yang mempunyai warna seakan corak bulu burung hantu.
Menurut sumber, burung hantu spesies ini tidak sesuai diberikan cacing, siput dan serangga kerana mereka adalah pemakan daging.
Hufftons/Facebook
Mungkin ada yang takut melihat burung hantu dewasa, lebih-lebih lagi saat mereka menterbalikkan kepala mereka yang boleh dipusingkan itu.
Leher burung hantu ini sebenarnya boleh dipusingkan secara maksimum pada 270 darjah tanpa memecahkan salur darah atau mengoyakkan otot.
Memang hebat! Melihat kepada betapa comelnya anak burung hantu ini, ‘cair’ pula hati dibuatnya bukan?