25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024
UtamaInspirasiTerima tempahan IC buat haiwan peliharaan, inisiatif gadis ini buat netizen teruja

Terima tempahan IC buat haiwan peliharaan, inisiatif gadis ini buat netizen teruja

Kad pengenalan atau lebih dikenali dengan singkatan IC adalah satu kad yang lengkap dengan butiran peribadi kita sebagai rakyat Malaysia.

Namun kini, haiwan peliharaan pun boleh juga memiliki IC mereka sendiri, seperti apa yang dilakukan oleh gadis ini.

Gadis terbabit, Farhana Khudzaimie difahamkan telah berkongsi beberapa foto hasil IC yang dibuatnya untuk seekor kucing comel.

Menerusi foto yang disertakan, kita dapat lihat bahawa ianya lengkap dengan nama, jenis baka, jantina, tarikh lahir dan nama serta nombor telefon tuan.

Pendek kata, IC haiwan ini memudahkan urusan jika haiwan kesayangan kita hilang.

Semua butiran sudah lengkap pada kad yang boleh disangkut pada kolar kucing.

Difahamkan bahawa saiz IC haiwan peliharaan yang besar berharga RM30 manakala saiz yang kecil pula RM25 tidak termasuk caj penghantaran.

Tambahan kolar pula berharga RM5. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah hubungi Farhana di laman Twitternya.

*Penafian : IC haiwan ini bukanlah dokumen pengenalan rasmi yang dikeluarkan kerajaan ya. Ia sama fungsinya seperti tag pada kolar.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI