Seni latte biasanya dibuat oleh barista profesional di kedai kopi atau kafe. Tetapi seorang barista kecil dari Vietnam nampaknya sudah mahir membuat seni latte dengan sendiri dan hasilnya boleh tahan cantik.
Barista di kedai kopi atau kafe yang biasa kita panggil, bertugas menyediakan minuman berasaskan kopi yang sedap dengan aroma menyelerakan. Tugasnya pelbagai, bermula dengan melayan pelanggan, mengisar biji kopi, membancuh kopi, sehinggalah membuat seni latte dengan corak yang cantik dan indah.
Untuk seni latte itu sendiri, biasanya dibuat untuk menu caffe latte. Diperbuat daripada espresso yang dicampurkan dengan buih susu.
Corak atau bentuk seni latte itu pelbagai. Biasanya dengan corak bunga, hati, haiwan comel, hingga ke wajah seseorang. Untuk membuat seni latte yang cantik, seorang barista memerlukan latihan dan ketelitian.
Pergerakan tangan mereka ketika menuangkan susu panas ke dalam kopi mestilah betul dan tepat demi menghasilkan corak seni latte yang sempurna.
Dan gadis kecil dari Vietnam yang baru berusia 9 tahun ini sememangnya amat berbakat dan sudah mahir menghasilkan seni latte yang cantik.
Barista kecil dipanggil Stella telah dirakam aksinya ketika menghasilkan seni latte di laman Instagram @saigon_coffee_roastery di lokasi kedai kopi milik bapanya yang terletak di Ho Chi Minh, Vietnam.
Menurut bapanya, Stella mula mempelajari seni latte secara suka-suka ketika dia berusia 6 tahun. Pada masa itu, seni latte yang dihasilkannya hanya sederhana dan kelihatan tidak kemas.
Tetapi setelah 3 tahun mempelajari dengan tekun, barista kecil ini sudah mahir menghasilkan corak cantik dalam kopi dan pandai membuat seni latte itu menjadi indah, seperti membuat corak yang asas seperti wings tulip, frame rosetta, three rosetta, wave heart dan lain-lain.
Hasil tangan seni Stella yang kini boleh dipamerkan dengan bangganya di hadapan pelanggan kedai kopi bapanya. Ramai pelanggan memuji kepakaran barista kecil ini sambil tidak lupa berasa kagum.
Bakat yang diwarisi daripada bapanya, yang berkata anak perempuannya hanya datang ke kedai kopinya pada hari Ahad dan Stella berminat belajar seni latte itu dengan kerelaan sendiri, sehingga dia kini boleh digelar barista cilik yang beransur mahir dan pakar.
Tonton video di bawah: