25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasiDulu kotor dan berpenyakit, kini Apollo jadi si cantik yang sihat bermata...

Dulu kotor dan berpenyakit, kini Apollo jadi si cantik yang sihat bermata biru walau dengan sebelah mata

Haiwan terbiar di jalanan seperti kucing misalnya merupakan satu fenomena biasa yang kita boleh lihat. Saban hari, ada sahaja kucing yang berkeliaran mencari makanan demi meneruskan kehidupan.

Mereka tiada pilihan lain selain meneruskan sahaja kehidupan di dalam persekitaran sebegitu sehinggalah muncul insan penyayang yang sanggup membantu seperti kisah ini.

Wakil NGO Cats of San Bernardino, California bernama Jaina sebelum ini berkongsi akan kisah seekor kucing terbiar yang dijumpai menyembunyikan diri di di dalam semak.

“Saya rasa kucing ini tidak pernah didekati manusia, dia sangat takut. Ketika kami melihatnya, agak sukar juga untuk membawanya keluar”, kata Jaina.

Keadaan tubuhnya agak teruk, di mana bahagian matanya mempunyai jangkitan. “Saya tahu dia tidak dapat melihat saya jadi saya terus cuba untuk mengangkatnya keluar”.

Ekoran tidak boleh melihat, kucing tersebut walau bagaimanapun mempunyai deria pendengaran yang agak tajam dan bertindak mengundurkan dirinya ketika Jaina cuba mengangkatnya keluar.

Namun usaha itu akhirnya berjaya, kucing itu berjaya dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam sangkar kecil.

“Dia (kucing) ketakutan namun dia membiarkan sahaja perkara itu berlaku kerana tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukannya’.

Oleh kerana matanya tidak dapat melihat, kucing yang dinamakan Apollo itu sering kali mengelakkan diri didekati oleh Jaina dan staf yang lain.

Tubuh Apollo kemudian dibersihkan dan lama kelamaan, Apollo mula berubah. Apollo mula membiasakan diri dan bersosial dengan kucing yang lain.

Ekoran Apollo sebelum ini hidup terbiar di luar sana, maka kucing jantan itu masih mengalami masalah untuk mengesan bekas najisnya. Maka, staf Cats of San Bernardino perlu membersihkannya setiap hari.

Apollo mula menunjukkan kepercayaan terhadap mereka tatkala tubuhnya dibersihkan. Setelah beberapa ketika, Apollo akhirnya dapat mengesan bekas najis dan mula menggunakannya sendiri!

Lima bulan kemudian, tubuh Apollo berubah menjadi sihat. Apollo juga kelihatan sangat gembira dan penuh dengan kasih sayang. Manja pun ya juga..

Sebelum itu, doktor menjangkakan bahawa Apollo mungkin akan kehilangan pengelihatan pada kedua-dua belah matanya. “Ia agak menyedihkan buat kami namun mata belah kanannya mula pulih”.

“Walaupun terdapat sedikit isu namun Apollo dapat juga melihat menggunakan sebelah mata. Dia sangat cekal dan aktif. Kami gembira dia dapat melakukan semuanya”.

“Ganjaran terbesar setelah kami ‘laburkan’ padanya adalah hasil yang ditunjukkan oleh Apollo”, kata seorang lagi wakil Cats of San Bernardino, Ivy.

“Apollo sangat bahagia kerana dapat melihat dan agak sukar juga buat kami untuk melepaskannya pergi kerana kami amat sayangkannya”.

“Dia kini merupakan kucing kami”, akhiri Ivy. Semoga sentiasa sihat dan ceria ya Apollo! Saksikan video penuhnya di bawah :

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI