26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
UtamaGaya HidupWanita ini berkongsi bagaimana biliknya di rumah mentua diubah suai menjadi ‘rumah...

Wanita ini berkongsi bagaimana biliknya di rumah mentua diubah suai menjadi ‘rumah kecil’ yang selesa demi menjaga privasi

Adalah menjadi perkara biasa apabila pasangan baru berkahwin akan memilih sama ada untuk menyewa rumah atau tinggal di rumah mentua sebelum berpeluang mendiami rumah sendiri.

Dan sudah tentu ramai yang tahu tinggal bersama mentua, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati, juga terdapat batasan tertentu yang perlu dijaga dan perhatikan, terutama sekali dalam hal privasi.

Seorang pengguna Facebook dikenali Ain Zaki berkongsi bagaimana beliau dan suami menjaga privasi itu dengan mentuanya apabila mereka tinggal bersama di dalam satu rumah, tetapi di dalam ‘rumah lain’ yang selesa.

Ain Zaki / Facebook

Rumah kecil ini asalnya adalah sebuah bilik yang kini dilengkapi dengan dapur dan tempat penyimpanan barangan keperluan.

Ruang tidur telah diubah suai sehingga mereka dapat bergerak bebas sambil menjaga privasi antara diri Ain, suaminya, dan mentua.

Ain berkata dia mendapat idea mengubah suai bilik menjadi rumah kecil itu kerana dia dan suaminya tinggal bersama di rumah mentua, dan memandangkan mereka masih tidak mampu memiliki rumah sendiri buat masa ini.

Ain Zaki / Facebook

Oleh kerana terdapat ruang yang terbatas untuk bergerak di sekitar rumah, Ain berkata bahawa dia perlu menukar pakaiannya kepada pakaian yang lebih sesuai dan menutup aurat pada setiap kali dia ingin memasak kerana harus beringat bahawa dirinya sedang berkongsi rumah dengan mentua.

Ekoran itu, Ain memujuk suaminya untuk mengubah suai bahagian bilik mereka kerana ia cukup luas dan besar untuk menjadi sebuah rumah kecil.

‘Rumah’ di dalam sebuah bilik, malahan terdapat ruang tamu ‘mini’.

Ain Zaki / Facebook

Ain menambah walaupun rumah kecil itu agak sederhana, dia tetap bersyukur dan sangat gembira kerana sekurang-kurangnya dia berasa lebih selesa dan dapat memasak setiap hari.

Ain Zaki / Facebook

Bahagian bilik tidur yang diubah suai secara bijaksana. Ain memastikannya ringkas dan minimalis sehingga tidak kelihatan terlalu sesak.

Nampak selesa dan kemas. Bahkan mempunyai mempunyai dapur sendiri di dalam bilik.

Ain Zaki /Facebook

Kata Ain, mereka hanya menggunakan dapur elektrik kerana ia lebih mudah digunakan dan lebih bersih, maka tidak perlu membawa tabung gas ke dalam bilik.

Ain Zaki / Facebook

Oleh kerana tidak dapat memasukkan peti sejuk ke dalam dapur kecilnya, mereka memutuskan untuk meletakkan peti sejuk berhampiran ruang tempat tidur.

Ain Zaki / Facebook

Idea yang baik buat pasangan yang memiliki bilik tidur dengan ruang yang luas di dalam sebuah rumah, bolehlah dijadikan sebuah rumah mini yang selesa diduduki.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI