26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaNasionalPengurusan kediaman tiada kuasa kompaun penghuni, Ismail Sabri harap kompaun terhadap bayi...

Pengurusan kediaman tiada kuasa kompaun penghuni, Ismail Sabri harap kompaun terhadap bayi berusia setahun ditarik balik

Tular baru-baru ini akan isu seorang bayi berusia setahun yang dikenakan kompaun oleh pengurusan sebuah kondominium di Ampang, Selangor kerana tidak memakai pelitup muka di dalam lif.

Mengulas mengenai isu tersebut, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap bahawa ianya adalah satu tindakan yang tidak munasabah.

Bernama

“Setakat ini, kita tidak memberikan kuasa kepada pengurusan kondominium dan pangsapuri atau mana-mana pejabat untuk mengambil tindakan”.

“Kuasa pada peringkat pengurusan perumahan hanya berkaitan dengan peraturan di dalam kawasan tersebut seperti menjaga harta”, ujar beliau.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Tambah beliau, kuasa mengeluarkan kompaun itu adalah daripada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Apa yang dilakukan oleh pengurusan sebuah kondominium itu tak boleh dilakukan, harap mereka tarik balik kompaun RM100 yang diberi kepada kanak-kanak usia setahun itu”, katanya.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Terdahulu menerusi perkongsian akaun Info Roadblock JPJ/POLIS di Facebook, insiden tersebut terjadi apabila bayi yang merupakan anak kepada seorang penghuni dikesan tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam lif.

Selepas mengenal pasti perkara itu menerusi rakaman CCTCV, pihak pengurusan kondominium kemudiannya bertindak mengeluarkan notis kompaun bernila RM100 kepada bayi tersebut.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI