25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaKisah BenarPresiden Joe Biden cadang genosid etnik Uighur di China sebagai sebahagian daripada...

Presiden Joe Biden cadang genosid etnik Uighur di China sebagai sebahagian daripada ‘norma budaya yang berbeza’

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden nampaknya merendahkan pelanggaran hak asasi manusia apabila menyatakan pembunuhan beramai-ramai etnik Muslim Uighur di China, sebagai “secara budayanya terdapat norma yang berbeza” di setiap negara.

Presiden Biden membuat komen itu semasa wawancara bersama CNN Town Hall pada 16 Februari ketika ditanya hos Anderson Cooper mengenai perbualannya baru-baru ini dengan Presiden China Xi Jinping.

Paparan Skrin / Twitter

Dalam perbualan itu, Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih ini dilaporkan menekankan soal pelanggaran hak asasi manusia di Hong Kong dan wilayah Xinjiang di barat laut China kepada rakan sejawatannya itu di mana lebih daripada satu juta lelaki dan wanita etnik Uighur dilaporkan telah ditahan di rangkaian kem “pendidikan semula” secara besar-besaran.

Biden menjawab dengan bergantung kepada justifikasi Xi berkenaan pelanggaran hak asasi manusia tersebut, dengan mengatakan Presiden China “faham”.

“Anda tahu, pemimpin China, jika anda mengetahui apa-apa mengenai sejarah China, selalu berlaku, ketika China menjadi mangsa dunia luar adalah ketika mereka tidak bersatu di dalam negara sendiri,” katanya.

“Jadi ketika pentadbiran pusat – sangat dibesar-besarkan- prinsip utama Xi Jinping adalah, bahawa mesti terdapat China yang bersatu dan dikawal ketat, dan beliau menggunakan alasan secara rasional untuk melakukan perkara-perkara yang sepatut dilakukannya berlandas perkara itu,” jelas Biden.

Seterusnya Presiden Biden berkata, “Saya menekankan kepadanya bahawa tidak ada Presiden Amerika Syarikat yang dapat dipertahankan sebagai presiden sekiranya beliau tidak mencerminkan nilai-nilai Amerika Syarikat, jadi idea saya ialah tidak akan membicarakan apa yang kerajaan Xi lakukan di Hong Kong, apa yang beliau lakukan dengan etnik Uighur di pergunungan barat di China, dan Taiwan, berusaha menamatkan polisi One China dengan menjadikannya kuat … Saya katakan, dan, menurut, kata beliau – beliau memahaminya. Secara budaya, ada norma-norma yang berbeza yang diikuti oleh setiap negara dan pemimpin mereka diharapkan sepatutnya ikuti.”

Cooper bertanya, “Ketika anda berbual dengannya, mengenai pelanggaran hak asasi manusia, sejauh mana hal itu berkaitan dengan Amerika Syarikat, atau apakah akan ada akibat langsung kepada China?”

Biden menjawab, “Baiklah, akan ada kesan langsung buat China, dan beliau tahu itu. Apa yang saya lakukan adalah dengan menjelaskan bahawa kita akan menegaskan kembali peranan kita sebagai jurucakap hak asasi manusia di PBB dan agensi lain yang akan memberi kesan kepada sikap mereka. China berusaha sangat keras untuk menjadi pemimpin dunia, dan untuk mendapatkan gelaran itu dan untuk dapat melakukannya, mereka harus mendapatkan kepercayaan negara lain. Dan selagi mereka melakukan aktiviti yang bertentangan dengan hak asasi manusia, adalah sangat sukar buat mereka untuk melaksanakannya.”

Paparan Skrin / Twitter

Biden menambah, “Tetapi ia jauh lebih rumit daripada itu, saya tidak boleh cuba membincangkan polisi China dalam masa 10 minit di televisyen di sini.”

Konservatif Republikan membantah tindak balas dan jawapan Presiden Biden dengan berkata, “Adakah genosid adalah norma budaya? Tanya beberapa ratus juta rakan,” peguam Harmeet Dhillon dalam ciapan di Twitter.

Bekas jurucakap Parti Republikan Steve Guest menggambarkannya sebagai kenyataan “memalukan”.

Bahkan pengarang CNN, Chris Cillizza, tidak begitu kagum, dengan menggambarkan jawapannya sebagai “meleret-leret” dan “sukar diikuti” – walaupun memasukkannya sebagai yang terakhir dalam senarai “enam bawa pulang” dari Town Hall.

Ia berlaku setelah Jabatan Negara Amerika Syarikat sendiri menyatakan, “sangat terganggu” dengan laporan bahawa wanita Uighur yang ditahan di kem pendidikan semula diperkosa dan diseksa secara sistematik.

BBC menemu ramah beberapa bekas tahanan, yang menggambarkan melihat wanita yang dikeluarkan dari sel mereka “setiap malam” untuk diperkosa atau diseksa – termasuk dengan menggunakan “tongkat elektrik”.

“Kekejaman yang dilakukan ini amat mengejutkan dan harus berdepan dengan akibat yang serius,” kata seorang jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat kepada Reuters pada awal bulan ini.

“Kami sangat terganggu dengan laporan itu, termasuk keterangan saksi secara langsung, mengenai pemerkosaan dan penderaan seksual secara sistematik terhadap wanita di kem tahanan untuk etnik Uighur dan Muslim lain di Xinjiang,” katanya.

Kerajaan PKC China mengenakan sekatan ke atas BBC setelah penerbitan laporan tersebut, dengan mengatakan penyiar Britain itu tidak “mengemukakan fakta atau adil” dan telah menghasilkan “laporan palsu”.

Bekas Presiden Donald Trump mengambil sikap tegas terhadap Parti Komunis China, dengan mengenakan sekatan visa dan kewangan kepada pegawai Parti Komunis China atas “penyalahgunaan hak asasi manusia mengerikan” terhadap etnik Uighur.

Dalam salah satu tindakan rasmi terakhirnya, Bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo secara rasmi menyatakan bahawa PKC melakukan genosid (penghapusan beramai-ramai) dan jenayah kemanusiaan terhadap etnik Uighur dan etnik minoriti lain di Xinjiang.

Semasa pendengaran pengesahan Senat, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken memuji pengendalian pentadbiran Trump terhadap China dan menyatakan bahawa pentadbiran Biden akan terus mengambil “pendekatan yang lebih tegas.”

Blinken menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan pelaksanaan pentadbiran terdahulu berkenaan perlakuan PKC terhadap etnik Uighur sebagai ‘genosid’.

“Itu juga akan berada dalam pertimbangan saya,” kata Blinken.

“Saya rasa kami sangat setuju. Memaksa lelaki, wanita dan kanak-kanak ke dalam kem tahanan dan buruh paksa – pada hakikatnya, berusaha mendidik mereka agar kembali berpegang teguh kepada ideologi Parti Komunis China, semua itu menunjukkan usaha untuk melakukan genosid,” tambahnya.

Ditanya tindakan apa yang akan dilakukannya pada bulan pertama, Blinken menjawab Amerika Syarikat “harus melihat untuk memastikan bahawa kita tidak mengimport produk yang dibuat daripada tangan buruh paksa dari kem tahanan di Xinjiang”.

“Kita perlu memastikan bahawa kita juga tidak mengeksport teknologi dan alat yang dapat digunakan oleh mereka untuk meningkatkan penindasan ke atas golongan ini. Itu satu langkah untuk memulakan,” cadang Blinken.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI