Hati pasti terus menjadi cair apabila anda melihat tindakan spontan menyentuh hati yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak istimewa terhadap rakan sekelasnya demi menukar suasana suram menjadi lebih ceria.
Dalam satu rakaman video yang tular, seorang kanak-kanak lelaki dengan keadaan autisme dilihat sedang duduk menangis di mejanya dalam sebuah kelas keperluan khas.
Rakannya yang duduk di sebelah, sedang cuba menenangkannya dengan memeluk erat dalam masa yang agak panjang dan menghangatkan suasana.
Video tersebut menunjukkan budak lelaki ini cuba menghiburkan rakan sekelasnya yang sedang bermuram dan bersedih, dengan alasannya yang paling manis untuk membuat rakaman video itu menjadi tular.
Rakaman video ini sungguh menghangatkan hati sesiapa sahaja yang melihat kerana seorang kanak-kanak autisme sedang menangis, dan rakan sekelasnya dengan keadaan sindrom down, terus berusaha sedaya upaya untuk menenangkan hati rakannya.
Jelas, ia adalah perilaku spontan yang tulus ikhlas dalam satu persahabatan, yang tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan daripada kita yang biasa.
Guru dua sahabat ini telah merakam detik menyentuh hati itu dan memuat naiknya di Facebook sehingga ia menjadi tular di platform itu dan media sosial lain dalam masa yang singkat.
Dalam rakaman video tersebut, selepas kelihatan seorang kanak-kanak sedang menangis di mejanya di dalam kelas itu, dan rakannya yang duduk di sebelah, cuba menenangkan hatinya sambil memeluk erat.
Rakan baik hati ini turut menepuk-nepuk belakang badan rakannya yang sedang bersedih dengan perasaan hangat dan membantu mengesat air matanya, memintanya bertenang dan ceria.
Akhirnya, dalam usaha untuk menghiburkan hati rakannya, kanak-kanak ini turut memegang tangannya dan cuba menaikkannya ke udara tanda untuk membangkitkan semangatnya supaya dia menjadi ceria dan mereka boleh bermain bersama.
Video yang tular ini mendapat perhatian lebih 170,000 perkongsian netizen di Facebook, turut menjadi tular di Twitter dan Reddit.
Tonton video di sini.