28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaPesawat Malaysia Airlines dihiasi livery Jalur Gemilang bakal terbangkan vaksin COVID-19 ke...

Pesawat Malaysia Airlines dihiasi livery Jalur Gemilang bakal terbangkan vaksin COVID-19 ke Malaysia

PUTRAJAYA – Pesawat Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang bakal menempah sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad, 21 Februari 2021.

Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari.

Ketua Pegawai Operasi MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), Mohd Zulkefly Ujang berkata, pilihan pesawat yang mempunyai livery Jalur Gemilang adalah simbolik yang melambangkan vaksin itu adalah untuk rakyat Malaysia.

Gambar Hiasan /Twitter

“Kita ada banyak pesawat dengan livery tertentu seperti Harimau Malaya, jadi pilih pesawat ini sudah tentunya kerana ada Jalur Gemilang untuk menunjukkan yang ini adalah untuk rakyat Malaysia,” kata Mohd Zulkefly kepada Bernama.

MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd. MASkargo tanggungjawab untuk menyelaras proses penerimaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd Zulkefly berkata, tiada pengubahsuaian yang diperlukan terhadap pesawat penumpang tersebut bagi membawa vaksin berkenaan kerana hanya bahagian kargo pesawat yang akan digunakan untuk tujuan tersebut.

Menurutnya, sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak pesawat penumpang yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan kargo demi meneruskan hubungan perdagangan dengan negara luar yang terus dilaksanakan.

“Ketika pandemik tiada penumpang . Oleh itu, kita laksanakan alternatif digelar P2C berkaitan penumpang kepada kargo yang mana pesawat penumpang membawa peralatan seperti kit ujian COVID-19, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka,” katanya.

Mengenai persiapan di lokasi ketibaan vaksin, Mohd Zulkefly berkata, persiapan rapi sedang dijalankan di Advanced Cargo Center (ACC), KLIA bagi memastikan proses penerimaan berjalan lancar.

“Kita akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang COVID-19 seperti penjarakan fizikal dipatuhi oleh semua yang hadir,” jelasnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada 21 Februari, menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa mulai 26 Februari.

Gambar Hiasan / Twitter

Tan Sri Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama dengan petugas barisan hadapan.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan.

Fasa kedua mulai April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Fasa Ketiga pula golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI