Puteri-puteri dari siri animasi keluaran Disney menjadi salah satu kesukaan ramai orang kerana animasi puteri-puteri ini ‘menemani’ mereka ketika membesar. Disebabkan itu, tidak hairanlah apabila kita melihat bahawa ramai orang dewasa yang masih sukakan watak-watak puteri Disney ini walaupun mereka sudahpun menginjak usia dewasa!
Baru-baru ini, seorang pelukis tempatan, Farah Daim (Art of FarahDaim) telah mendapat perhatian ramai setelah lukisannya yang menggabungkan ciri-ciri Nusantara dengan watak puteri Disney menjadi tular di laman sosial.
Dalam kirimannya yang dimuatnaik pada malam 8 Februari lalu, Farah menerangkan bahawa lukisan yang dihasilkannya ini adalah imaginasi peribadinya tentang watak puteri Disney yang datang melancong ke Malaysia dan menggayakan pakaian tradisional setiap negeri di Malaysia.
Menurut kiriman, Farah menghabiskan masa selama tiga bulan untuk menghasilkan kesemua 17 watak puteri Disney yang menggayakan busana tradisional di Nusantara (termasuk negara jiran, Singapura dan Brunei.)
Memang cantik-cantik sungguh hasil lukisan dan olahan Farah ini. Setiap puteri tampil ayu sekali!
Tidak dapat dinafikan, bakat luar biasa yang dimiliki oleh Farah sememangnya tidak harus disia-siakan begitu sahaja.
Farah juga berharap bahawa orang ramai akan menyukai setiap satu hasil lukisannya ini dan berterima kasih untuk sesiapa sahaja yang sudi berkongsi halaman Facebooknya.
Versi nergara Singapora dan Brunei.
Tidak perlu dikatakan lagi, setiap satu hasil Farah Daim ini memang sangat mengagumkan. Sesiapa yang melihatnya pasti akan terpesona!