31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBisnes & EkonomiSiap bungkus kedap udara dijamin ‘fresh’, lelaki ini jual petai mampu milik...

Siap bungkus kedap udara dijamin ‘fresh’, lelaki ini jual petai mampu milik untuk yang punya bajet ketat tetapi tetap mahu makan petai

Dengan ramai orang diberhentikan atau menghadapi masalah kewangan ekoran pandemik, maka ramai kalangan kita kini perlu berkira-kira dengan perbelanjaan ketat untuk bertahan pada masa-masa yang sangat sukar ini.

Menyedari pada hari ini semakin ramai orang tidak mampu berbelanja seperti sebelumnya, seorang peniaga dikenali Rob Machado di Facebook miliknya telah berkongsi idea kreatif dengan menjual petai menurut cara di mana semua orang mampu.

Rob Machado / Facebook

Sekiranya anda penggemar petai, anda sudah tahu sekarang bahawa ulam ini berharga agak mahal untuk dibeli walaupun dalam sepapan. 

Tetapi untuk meredakan kerisauan tidak dapat memakan petai, Rob telah memutuskan cara terbaik menjual petai dengan laris adalah dengan membungkus setiap biji petai secara berasingan demi membolehkan setiap orang berpeluang membelinya berdasarkan bajet sendiri dan kemampuan masing-masing.

Rob Machado / Facebook

Rob memberitahu WOB bahawa pada mulanya dia akan menjual petai secara ikat. Seikat petai mengandungi seratus papan mengikut gred boleh mencapai harga sehingga RM190.

“Ramai orang tidak mampu membeli petai saya. Jadi, saya beritahu pekerja saya untuk membungkusnya dalam peket kecil,” kata Rob kepada WOB.

Rob bukan sahaja menjual petai dalam bentuk ikat, tetapi individu boleh membeli sebiji petai dalam satu peket atau dua biji petai dalam satu peket. Sepeket kedap dengan hanya sebiji petai yang telah dikopek berharga 30 sen. Dua biji petai dalam satu peket berharga 50 sen.

Rob Machado / Facebook

Posting Rob ketika mengiklan petai dalam bentuk peket, telah mendapat perhatian lebih 9,300 perkongsian dan 1,800 komen netizen di Facebook. Menurutnya, permintaan untuk membeli petai dengan cara itu jauh lebih mendapat sambutan yang mana telah melebihi stok petai dalam simpanannya sekarang.

Sekarang semua orang boleh membeli petai mengikut jumlah yang mereka perlukan dan kemampuan bajet sendiri.

Rob Machado / Facebook

Rob juga berkongsi bahawa dia bukan sahaja menjual petai, tetapi juga durian, strawberi dan ubi manis Cameron Highlands.

Bagi anda yang ingin membeli petai berasingan dalam peket kedap udara seperti yang diiklankan atau bahkan buah-buahan dan sayur-sayuran lain yang dijual oleh Rob, anda boleh mengunjungi laman Facebook miliknya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI