26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
UtamaBerita UtamaPERHILITAN: Penjualan Rusa Bintik oleh Zoo Negara tidak menyalahi undang-undang kerana ia...

PERHILITAN: Penjualan Rusa Bintik oleh Zoo Negara tidak menyalahi undang-undang kerana ia bukan spesies hidupan liar dilindungi

Enam ekor rusa bintik milik Zoo Negara yang dijual adalah bagi mengoptimumkan kos pengurusan dalam menghadapi situasi dan kesan pandemik COVID-19, demikian kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia.

PERHILITAN mengeluarkan kenyataan berkenaan berikutan kontroversi penjualan rusa bintik oleh Zoo Negara kerana didakwa melanggar prosedur.

Menurut PERHILITAN, Rusa Bintik juga dikenali sebagai rusa Chital dan rusa Axis, adalah spesies hidupan liar yang tidak dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Gambar Hiasan / Twitter

Oleh itu, sebarang penjualan rusa bintik oleh Zoo Negara kepada sesiapa sahaja dianggap sah, tambahnya.

“Rusa bintik adalah spesies hidupan liar yang tidak dilindungi di bawah Akta 716. Oleh itu, penjualan oleh Zoo Negara tidak tertakluk kepada Akta tersebut,” jelas kenyataan yang dikeluarkan pada 6 Februari.

Kontroversi berkenaan tercetus ketika Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membuat aduan terhadap Zoo Negara berhubung penjualan tersebut.

Dalam aduannya terhadap Zoo Negara, MTUC meminta penjelasan dari Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) selepas penjualan enam rusa bintik berkenaan, lapor FMT.

Semua zoo di negara ini berada di bawah bidang kuasa KeTSA.

Gambar Hiasan / Twitter

MUTC mendakwa bahawa enam ekor rusa bintik betina telah dijual dengan harga RM5,000 setiap seekor kepada sebuah syarikat swasta dan tidak diketahui sama ada pembeli telah membelinya bagi tujuan penyembelihan atau pembiakan.

Kami ingin mengetahui sama ada pengurusan zoo dibenarkan menjual haiwan sesuka hati tanpa mengikut prosedur standard. Biasanya, mereka harus mempunyai tender terbuka untuk penjualan aset kerajaan,” kata anggota majlis MTUC A Sivananthan.

Sivananthan juga mempersoalkan siapa yang mendapat RM30,000 daripada penjualan itu dan menekankan penyalahgunaan kuasa jika seorang atau lebih wakil pengurusan dibenarkan untuk membuat keputusan bagi penjualan haiwan dari zoo berkenaan.

“Kami juga tertanya-tanya adakah PERHILITAN telah memberikan kebenaran mereka secara rasmi,” katanya.

Menurut PERHILITAN, Zoo Negara memberitahu mereka pada 3 Februari bahawa penjualan enam ekor rusa itu adalah sebahagian daripada pengurusan stoknya.

“PERHILITAN mengadakan pertemuan dengan Zoo Negara pada 3 Februari dan diberitahu bahawa penjualan rusa Axis adalah sebahagian daripada langkah pengurusan stok, kerana stok mereka yang ada melebihi 50 ekor rusa dan ia melebihi keperluan. Langkah itu adalah untuk mengoptimumkan kos pengurusan dalam menghadapi situasi dan kesan pandemik COVID-19,” katanya.

Ketua Pengarah PERHILITAN Datuk Abdul Kadir Abu Hashim / Twitter

PERHILITAN menerusi Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata Zoo Negara beroperasi sebagai entiti perniagaan yang diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) dan telah diberi permit untuk pengendalian zoo di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). 

Oleh yang demikian, Zoo Negara tidak perlu lagi mendapatkan lesen atau permit khas dari jabatan perhilitan untuk penjualan atau pembelian spesies hidupan liar yang tidak dilindungi di bawah Akta berkenaan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI