32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaBerita UtamaWanita ini dakwa seorang pekerja Pos Malaysia buka bungkusan dan makan kuih...

Wanita ini dakwa seorang pekerja Pos Malaysia buka bungkusan dan makan kuih Tahun Baru Cina yang dihantar ibunya dari Kuching

Belum lagi reda dengan video tular pekerja syarikat kurier, J&T Express di Perak dengan insiden membaling ratusan barang pelanggan, ditambah pula dengan dakwaan pekerja Pos Malaysia ‘menggeledah’ bungkusan pelanggan dan memakannya. 

Menyebabkan kita sebagai pelanggan menjadi khuatir dengan apa yang bakal terjadi dengan bungkusan yang diamanahkan kepada syarikat penghantaran untuk menyampaikannya dengan baik dan sempurna.

Seorang netizen melalui posting di Facebook mendakwa seorang pekerja Pos Laju dari Pos Malaysia telah melanggar amanah yang diberikan kepadanya apabila bungkusan untuk Tahun Baru Cina yang dihantar ibunya telah dibuka dan kuih di dalamnya didapati telah dimakan.

Jessica Sammy / Facebook

Dalam posting di Facebooknya pada 5 Februari, Jessica Sammy yang berasal dari Kuching dan bekerja di Kuala Lumpur, mendakwa ketika dia menerima bungkusan Tahun Baru Cina yang dihantar oleh ibunya dari Kuching, ‘salah satu balang kuih didapati telah dimakan separuh’.

“Pita lekat telah dibuka dan separuh kuih goreng itu benar-benar telah hilang. Bagaimana ini boleh terjadi? Adakah ini bermaksud semua bungkusan kami tidak selamat dalam jagaan anda?” Jessica menyoal Pos Malaysia dalam postingnya yang menjadi tular.

Menurut Jessica, bungkusan itu dibungkus rapi dengan bungkusan plastik gelembung oleh ibunya.

Jessica Sammy / Facebook

Dalam gambar yang dikongsi oleh Jessica, salah satu bekas dilihat tanpa pita lekat di sekeliling penutupnya dengan bekas kuih telah separuh kosong.

Jessica kemudian telah membuat aduan rasmi kepada Pos Malaysia.

Jessica berkata ketika dia memfailkan aduan kepada Pos Malaysia melalui laman web mereka, dia diminta untuk mengunjungi pejabat Pos Malaysia secara bersemuka untuk mengisi borang aduan.

“Oleh itu, saya melakukannya pada hari Sabtu dan sekarang saya sedang menunggu ibu pejabat mereka untuk membalas aduan saya,” katanya.

Jessica Sammy /Facebook

Sementara itu, keluarganya di Kuching juga telah memfailkan aduan di pihak mereka, berikutan Jabatan Pos Laju Kuching telah menghubungi kakak Jessica.

Jessica berkata Ketua Jabatan Pos Laju terbabit telah bertemu kakaknya pada jam 2 petang, 7 Februari.

Sementara itu, posting Jessica telah menerima lebih 1,500 komen daripada netizen, dengan ada yang mendakwa bungkusan Pos Laju mereka juga didapati turut dibuka atau ada antara barangnya didapati telah hilang.

Jessica Sammy / Facebook

“Sama juga di sini,” kata salah seorang netizen sambil berkongsi gambar bungkusan mereka.

Seorang netizen lain menulis salah seorang rakan mereka menerima “bungkusan yang dihantar oleh Pos Laju di Lembah Klang pada minggu lalu tanpa produk! Hanya dokumen yang dia terima. Sampulnya didapati telah dikoyak dan ditampal semula”.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI