Baru-baru ini tular video bapa muda disambut anak kecilnya ketika pulang ke rumah. Melihatkan telatah anaknya itu, seolah-olah penat bekerja semuanya hilang.
Video tersebut telah dirakam dan dimuat naik di TikTok oleh @shuhadaasyikinn selaku ibu kepada kanak-kanak tersebut.
Shuhada Asyikin memuat naik video tersebut sempena hari lahir suaminya yang ke-29 pada 06 November lalu. Menerusi video tersebut, Shuhada Asyikin menitipkan ucapan yang sangat menyentuh jiwa.
Shuhada Asyikin mendoakan agar suaminya itu diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang, serta dimurahkan rezeki. Dia juga mengucapkan terima kasih untuk semua pengorbanan yang telah suaminya lakukan untuk dia dan anaknya, Liam.
Menerusi video satu minit itu, kelihatan kanak-kanak itu segera berlari ke arah pintu setiap kali ayahnya pulang ke rumah. Si ayah pula akan membuka pintu dengan begitu berhati-hati agar anaknya tidak terhantuk pada pintu.
Melihatkan anaknya yang berlari, si ayah mendepangkan tangannya, menyambut anaknya dengan penuh kasih sayang. Jelas terpancar kebahagian anak-beranak tersebut.
Tonton video penuh di sini.
Pilihan Editor: