Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak sememangnya mempunyai banyak telatah dan ragam, yang mana ianya boleh berubah-ubah mengikut mood mereka.
Jangan bimbang kerana ianya adalah normal memandangkan mereka sedang dalam proses untuk membesar.
Kadang kala, telatah mereka itu mampu membawa senyuman malah menggelikan hati kita pula, seperti apa yang dikongsikan oleh ibu ini.
Menurut video yang dimuatnaik ibu ini di laman TikTok, dia menunjukkan gelagat anaknya sewaktu pulang daripada sekolah.
aiqanzainuddin/TikTok
Pada ketika itu, wanita terbabit difahamkan sedang menjemput anaknya pulang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat anaknya memakai topeng muka yang begitu ‘unik’.
Difahamkan bahawa anaknya itu menghasilkan sendiri topeng muka berkenaan semasa subjek Pendidikan Seni dan bertindak memakainya sehingga pulang!
aiqanzainuddin/TikTok
Melihatkan keadaan itu, si ibu tidak dapat menahan ketawa kerana berasa lucu. Malah, si ibu turut tidak jadi turun daripada kereta untuk menjemput anaknya.
Mana tidaknya, tatkala semua murid memakai pelitup muka, si anak bertuah ini pula dengan penuh semangat memakai topeng muka buatannya!
Anda boleh saksikan video lucu itu di sini.
Apa-apalah, dik! Asalkan adik ini gembira bukan? Keyakinan diri memakai topeng buatan sendiri melebihi segalanya~
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: