Kucing dengan naluri memburu yang dimiliki mereka secara semula jadi ternyata tidak boleh dipisahkan.
Bahkan jika mereka dibela di dalam rumah sekalipun, mereka akan tetap tertarik dan ‘memburu’ haiwan atau serangga kecil yang berada di dalam rumah.
Namun lain pula halnya dengan seekor kucing bernama Mega ini, di mana kucing itu aktif ‘memburu’ tuannya setiap hari.
“Apabila dia mengejar saya, saya akan berlakon untuk jatuh secara dramatik agar Mega fikir ia telah berjaya menangkap saya”, ujar tuannya.
Menurut wanita itu, Mega sudah mula menunjukkan sisi aktifnya itu pada hari pertama Mega diambilnya untuk dibela.
Walaupun tuannya sedang duduk di atas sofa, Mega berjalan secara perlahan-lahan dengan gaya berburu lalu menghampiri tuannya.
Malah tuannya turut ‘dibuli’ dan ‘diserang’ manja oleh Mega. Pendek kata, Mega pantang betul melihat tuannya. Jika ada, pasti tuannya akan dijadikan ‘mangsa’.
Wanita itu pula gemar melayan karenah Mega dan sentiasa meluangkan masa untuk seakan ‘berlawan’ dengannya.
Habis rambut tuannya turut ditarik. Ganas betul~
Siap bergayut pada rambut tuannya!
“Setiap kali Mega menatap saya, secara automatik saya perlu bersedia untuk sesi ‘perlawanan’ antara saya dengannya”.
Tambahnya, setiap kali mereka berlawan, wanita itu akan membiarkan Mega memenangi pertarungan itu.
Sungguhpun begitu, Mega masih ada sisi manjanya. Apabila dipanggil tuannya untuk dipeluk, Mega cukup bijak untuk datang lantas memeluk tuannya.
Walaupun keletahnya agak ganas, namun pada waktu malam Mega akan tidur bersama tuannya di atas katil. Alahai manjanya…
Namun wanita itu juga perlu bersedia untuk bertarung dengan Mega pada bila-bila masa sahaja.
Anda boleh saksikan video penuh kisah mereka di sini.