Urusan jual beli secara dalam talian merupakan satu urusniaga yang sangat memudahkan pada masa kini.
Apa sahaja yang dicari, pastinya ada di platform beli belah dalam talian bukan? Sehinggakan ada juga individu yang menawarkan ‘tamparan’ untuk dijual secara dalam talian!
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook, Suziani Abd Ghani. “Siapa yang mencari tamparan, di Shopee ada jual tamparan untuk dilepaskan”.
Tambahnya lagi harga tamparan itu juga agak berpatutan dan melihat kepada profil jualan tamparan itu, sebanyak 158 tamparan sudah terjual.
Ada yang berharga RM0.46
Suziani Abd Ghani/Facebook
Ada juga serendah RM0.37
Suziani Abd Ghani/Facebook
Ianya berbeza mengikut jenis – sama ada tamparan biasa mahupun berdefinisi tinggi (HD).
Pelanggan hanya perlu membuat pembelian kemudian tinggalkan mesej nombor telefon penerima tamparan tersebut (Ia akan dihantar menerusi aplikasi Whatsapp).
Kemudian penjual akan menghantar foto tamparan tangannya. Inilah contoh apabila ‘tamparan’ secara dalam talian itu diberikan kepada penerima.
Namun jika tamparan jenis HD pula, penerima perlulah memuat naik dokumen yang dihantar oleh penjual terlebih dahulu. Barulah dapat ‘penampar’!
Menurut penjual, tamparan sebegini selayaknya diberikan kepada bekas kekasih, teman dan sebagainya.
Jadi ada sesiapa yang mahu cuba membelinya?