Lauk sardin dalam tin sememangnya menjadi penyelesaian sekiranya kita mahu segera menyediakan lauk untuk dimakan dalam masa yang singkat.
Rata-rata kita mempunyai cara tersendiri untuk memasaknya bukan? Namun tahukah anda cara untuk melazatkan lagi masakan sardin?
Rafiza Idayu/Faebook
Mengikut seorang pengguna Facebook, Rafiza Idayu, ikan sardin perlu digorengkan terlebih dahulu, barulah lebih sedap!
Justeru buat anda yang teringin mencuba resipi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan :
- Ikan sardin
- Cili kisar (ikut citarasa)
- ½ sudu gula
- Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
- 3 biji bawang putih (dihiris nipis)
- Beberapa ulas cili padi
Cara-caranya :
#1 Asingkan sardin dengan kuah namun kuahnya jangan dibuang. Kemudian panaskan sedikit minyak di atas api yang kecil.
Rafiza Idayu/Faebook
#2 Masukkan ikan ketika minyak belum panas sepenuhnya bagi mengelakkan ikan daripada meletup-letup.
Rafiza Idayu/Faebook
Boleh tutup dengan penutup kuali, cukup sekadar membalikkannya sekali sahaja. Ketepikan ikan seketika setelah masak.
#3 Menggunakan minyak tadi, tumiskan bawang yang sudah dihiris sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili kisar. Masakkan sehingga sedikit garing.
Rafiza Idayu/Faebook
#4 Masukkan gula, kemudian tuangkan kuah ikan sardin yang terdapat di dalam tin. Lauk ikan sardin dalam tin siap sedia untuk dinikmati!
Rafiza Idayu/Faebook
Menurut Rafiza,resipi ini adalah turun temurun daripada ibunya dan hasil resipi ini menjadikan hidangan ikan sardin lebih lazat.
Apa lagi, jomlah kita cuba!