Di kebanyakan negara, para gelandangan lazimnya bergantung kepada bakat dan kebolehan bermain muzik untuk mendapatkan wang.
Mereka tidak akan mengemis begitu sahaja tanpa menunjukkan bakat tersendiri – tidak kiralah bakat tarian, nyanyian dan sebagainya. Mereka turut dikenali sebagai ‘busker’.
Apa yang membahagiakan mereka adalah bakat yang diketengahkan itu bakal menceriakan hari seseorang. Itu sudah cukup bermakna buat mereka.
Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki yang juga penyanyi jalanan ini apabila terdapat ‘penonton’ yang begitu tersentuh dengan bakatnya.
Lelaki berambut panjang tersebut dilihat memainkan gitar sambil menyanyi. Tidak lama kemudian, muncul 2 ekor kucing duduk di hadapannya.
Terpegun dibuatnya..
Setelah itu, muncul lagi beberapa ekor kucing duduk di hadapan lelaki tersebut untuk mendengarkan nyanyiannya.
Lagu apalah agaknya yang dimainkan ya? Khusyuk benar kucing-kucing ini mendengarnya!
Lelaki tersebut juga tidak berhenti malah meneruskan nyanyian walhal dia tahu bahawa mana mungkin kucing akan memberikan wang.
Apa yang penting, dia merasakan bahawa ‘penonton’ yang sama-sama berada di situ terhibur. Comel bukan?