31.9 C
Kuala Lumpur
Monday, March 17, 2025
UtamaBerita UtamaPerarakan Falun Gong Menceriakan Suasana Tahun Baru Cina di Pulau Ketam dan...

Perarakan Falun Gong Menceriakan Suasana Tahun Baru Cina di Pulau Ketam dan Melaka

Pada 2 Februari 2025, Pasukan Pancaragam Tian Guo Marching Band Malaysia telah mengadakan perarakan Tahun Baru Cina di bandar bersejarah Melaka. (Saw/The Epoch Times)

Baru-baru ini, pengamal Falun Gong di Malaysia telah mengadakan perarakan Tahun Baru Cina di Pulau Ketam dan Melaka. Beberapa pasukan yang dianggotai oleh pengamal Falun Gong telah menarik perhatian ramai penduduk dan pelancong, ia termasuk Tian Guo Marching Band, pasukan gendang pinggang, pasukan bidadari, pasukan tarian naga, dan pasukan demonstrasi senaman. Ramai yang menyatakan bahawa mereka mendapat manfaat daripada perarakan tersebut.

Perarakan di Pulau Ketam dipuji oleh masyarakat arus perdana 

Pada 1hb Februari, lebih seratus pengamal Falun Gong telah mengadakan perarakan Tahun Baru Cina di Pulau Ketam. Dilaporkan bahawa ini adalah kali pertama pulau itu menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan pengamal Falun Gong sejak wabak berleluasa pada 2020 yang lalu.

Semasa Tian Guo Marching Band memainkan muzik seperti “Falun Dafa Hao”(Falun Dafa itu Baik) dan “Triumph,” pasukan perarakan mengangkat sepanduk dan bergerak diikuti pasukan gendang pinggang, pasukan bidadari, pasukan tarian naga, dan pasukan demonstrasi senaman. Penduduk dan pelancong di sepanjang jalan berhenti untuk menonton, mengangkat telefon bimbit mereka untuk mengambil gambar, melambai, dan mengucapkan Selamat Tahun Baru antara satu sama lain.

Pada 1hb Februari 2025, pengamal Falun Gong mengadakan perarakan Tahun Baru Cina di Pulau Ketam. (Xiao Shi/The Epoch Times)
Pada 1hb Februari 2025, pengamal Falun Gong mengadakan perarakan Tahun Baru Cina di Pulau Ketam. (Xiao Shi/The Epoch Times)
Pasukan tarian naga dianggotai pengamal Falun Gong. (Xiao Shi/The Epoch Times) 
Pasukan bidadari yang dianggotai pengamal Falun Gong. (Bilbo/The Epoch Times)
Pasukan gendang pinggang yang dianggotai pengamal Falun Gong. (Bilbo/The Epoch Times) 
Perarakan pengamal Falun Gong menarik perhatian penduduk dan pelancong di sepanjang jalan untuk berhenti dan menonton. (Xiao Shi/The Epoch Times)

Penduduk dan pelancong dengan gembira mengambil gambar dengan pengamal Falun Gong, ada yang melaung “Falun Dafa baik,” ramai yang gembira menerima risalah kebenaran Falun Gong yang diedarkan oleh pengamalnya. Beberapa pengamal mengatakan bahawa mereka kerap  menerima ucapan “Terima Kasih” daripada penduduk Pulau Ketam.

Sebelum perbarisan bermula, cuaca kelihatan mendung, tetapi sebaik sahaja perarakan bermula, cuaca telah menjadi cerah. Dengan itu, perarakan dengan jayanya bermula dan telah berlangsung selama dua jam. 

Dr. Balachandran Gopal Krishnan, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu berkata bahawa keseluruhan acara itu memberi suasana yang positif, beliau mengatakan bahawa dunia memerlukan perkara yang indah dan kita seharusnya mendekati diri dengan tenaga yang positif.

Dr Balachandran (kanan), Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, sedang ditemubual. (Saw/The Epoch Times)

Penasihat Media Korporat Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Encik Farush Khan,  turut mengiringi perarakan tersebut. Dalam temu bual, beliau berkata bahawa adalah satu perkara yang baik bagi ramai untuk berkumpul dan mengambil bahagian dalam perarakan yang aman sambil mempromosikan budaya tradisional Cina.

Penasihat Media Korporat Eksekutif MAPIM, Encik Farush Khan (kanan) ditemubual. (Saw/The Epoch Times) 
Dr. Balachandran dan Encik Farush Khan mengambil gambar bersama pengamal Falun Gong selepas acara perarakan. (Saw/The Epoch Times)

Tian Guo Marching Band disambut di Melaka

Pada 2hb Februari, Tian Guo Marching Band  telah mengadakan perarakan Tahun Baru Cina di bandar bersejarah Melaka.

Sekitar jam 3 petang, pasukan pancaragam yang dianggotai pengamal Falun Gong telah memulakan perarakan dengan diketuai polis.Pasukan perarakan telah melalui Bangunan Stadthuys dan Muzium Samudera. 

Pada 2hb Februari 2025, Tian Guo Marching Band telah mengadakan perarakan Tahun Baru Cina di bandar bersejarah Melaka. (Saw/The Epoch Times)
Pada 2hb Februari 2025, Tian Guo Marching Band telah mengadakan perarakan Tahun Baru Cina di bandar bersejarah Melaka. (Saw/The Epoch Times)

Falun Gong, juga dikenali sebagai Falun Dafa, adalah amalan kerohanian yang terdiri daripada ajaran moral berdasarkan prinsip Sejati, Baik, Sabar dan latihan senaman meditasi yang lembut. Ia diperkenalkan kepada khalayak umum di China pada tahun 1992 dan menjadi popular, dengan dianggarkan terdapat 70 juta hingga 100 juta orang pengikut yang telah menerima amalan itu menjelang akhir dekad, menurut anggaran rasmi pada masa itu.

Parti Komunis China (PKC) melihat populariti Falun Gong sebagai ancaman kepada pemerintahan autoritariannya dan melancarkan kempen untuk menghapuskan amalan itu pada 20 Julai 1999. Sejak itu, berjuta-juta orang telah ditahan di dalam penjara, kem buruh, dan kemudahan lain, dengan ratusan ribu diseksa semasa dipenjarakan dan jumlah yang tidak terhitung telah terbunuh, menurut Pusat Maklumat Falun Dafa.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI