31.9 C
Kuala Lumpur
Monday, March 17, 2025
UtamaGlobalParlimen Korea Selatan lulus pemecatan Presiden Yoon Suk-yeol

Parlimen Korea Selatan lulus pemecatan Presiden Yoon Suk-yeol

SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol telah dipecat dalam undian Parlimen atas cubaan mengisytiharkan undang-undang tentera, satu langkah yang menjerumuskan Korea Selatan dalam pergolakan politik di pertengahan tempoh pentadbirannya.

Parlimen Korea Selatan pada Sabtu, 14 Disember mengundi 204 berbanding 85 untuk meluluskan pemecatan Yoon daripada jawatan presiden.

Gambar Jeon Heon-Kyun / EPA

Ia adalah undian kedua dalam tempoh lapan hari. Tiga ahli mengambil keputusan berkecuali dan lapan undi diisytiharkan tidak sah.

Undian dilakukan secara rahsia, dengan dua pertiga daripada undian diperlukan untuk pemecatan. Kesemua 300 ahli dewan membuang undi.

Di luar Dewan Perhimpunan Kebangsaan, ribuan penunjuk perasaan menyambut pengumuman pemecatan Yoon dengan tepukan dan sorakan gemuruh.

Dianggarkan 200,000 orang berkumpul di jalanan ibu negara Seoul, untuk menyokong pemecatan Yoon.

Gambar Kim Soo-hyeon / Reuters

Perdana Menteri Han Duck-soo mengambil alih jawatan presiden sementara dan berjanji untuk memastikan kestabilan pentadbiran negara.

Pada 7 Disember, Parti Kuasa Rakyat (PPP) memboikot undi pemecatan pertama dengan usul yang kurang lima undi untuk mencukupi kuorum selepas kesemua 192 wakil rakyat pembangkang dan tiga ahli parlimen PPP mengundi.

Pemimpin PPP Han Dong-hoon telah menggesa parti itu untuk mengambil bahagian dalam proses pengundian, walaupun pendirian rasmi parti itu adalah menolak pemecatan Yoon.

Menjelang pengundian, sekurang-kurangnya tujuh ahli PPP berkata mereka akan mengundi untuk memecat Yoon, bermakna hanya satu undi lagi diperlukan untuk mencapai jumlah 200 yang diperlukan untuk pemecatan.

Dengan pemecatan ini, Yoon secara automatik digantung daripada jawatan manakala Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mempunyai masa 180 hari untuk membuat keputusan mengenai masa depan Yoon.

Gambar Jeon Heon-Kyun / EPA

Sekiranya Mahkamah Perlembagaan menyokong pemecatan secara sebulat suara, Yoon akan menjadi presiden kedua dalam sejarah Korea Selatan yang disingkirkan melalui proses ini.

Park Geun-hye menjadi presiden pertama telah dipecat pada Disember 2016 dan dilucutkan jawatan pada Mac 2017.

Sebelum ini, tinjauan Gallup Korea mendapati Yoon tidak menunjukkan rasa bersalah dan tetap mempertahankan tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera walaupun popularitinya merosot kepada 11 peratus.

Dalam tinjauan sama, 75 peratus rakyat menyokong pemecatan Yoon Suk-yeol.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI