Baru-baru ini, seorang pengunjung Pejabat Tanah di Klang luah rasa kecewa kerana kaunter perkhidmatan masih kosong walhal sudah pukul 9 pagi.
Menurut pengguna TikTok mani1389_, ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9.15 pagi namun tiada satu kaunter pun dibuka untuk urusan.
Bukan mani1389_ sahaja yang sedang menunggu, malah ramai pengunjung lain sudah memenuhi ruang menunggu untuk menyelesaikan urusan masing-masing.
Namun apa yang mengecewakan ialah, masih belum ada petugas yang bertugas sedangkan kaunter tersebut akan ditutup pada pukul 11 pagi.
Hal ini kerana waktu operasi pada hari Jumaat lebih pendek berbanding hari bekerja yang lain.
Susulan perkongsian mani1389_ itu, ramai warga siber yang turut meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan petugas di kaunter kerajaan tersebut.
Mereka bukan sahaja memberi pandangan pada situasi seperti dalam video, malah ada yang berkongsi pengalaman sendiri ketika berkunjung ke pejabat kerajaan yang lain.
Menerusi ruang komen, dilihat ramai yang mengatakan bahawa petugas di sana masih lagi bersarapan pada waktu itu.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa kerana kenaikan gaji penjawat awam tidak setara dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa situasi seperti dalam video sering terjadi di mana-mana kaunter perkhidmatan pejabat kerajaan.
Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa sebagai pengunjung, anda boleh membuat aduan berhubung perkhidmatan petugas awam?
Anda boleh membuat aduan menerusi saluran maklum balas aduan awam seperti yang tertera di bawah:
Selain itu, anda juga boleh mengemukakan sebarang aduan atau maklum balas menerusi Kod QR seperti yang tertera berikut.
Antara kes aduan salah tadbiran (maladministration) adalah:
- Kaunter perkhidmatan tutup awal daripada masa operasi yang dinyatakan;
- Permohonan tidak diproses dalam tempoh masa yang telah ditetapkan; atau
- Tiada tindakan penguatkuasaan bagi kenderaan parkir di tepi jalan.
Sebagai rakyat yang bijak, kita perlu menggunakan kemudahan membuat aduan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Ini semua demi memastikan aduan sampai kepada pihak tertentu dan tindakan sewajarnya diambil.