26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
UtamaBerita UtamaEnam planet muncul sederet di cakerawala bermula awal pagi 3 Jun sehingga...

Enam planet muncul sederet di cakerawala bermula awal pagi 3 Jun sehingga pertengahan Julai

Dunia berpeluang menyaksikan fenomena enam planet, iaitu Utarid, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun yang akan muncul dalam satu garis lurus sederet dikenali sebagai penjajaran planet atau ‘Planetary Parade’, mulai awal pagi 3 Jun 2024.

Ini adalah momen yang amat indah dan menakjubkan dan jangan terlepas peluang menyaksikan penjajaran planet itu yang diramalkan muncul hampir di semua tempat di seluruh dunia pada tahap tertentu dengan masa yang berbeza bagi sesetengah negara.

Gambar USA Today / Alxpin/E+/ Getty Images

Misalnya, fenomena cakerawala ini dapat dilihat di Amerika Syarikat pada awal pagi 3 Jun.

Masa terbaik untuk melihat penjajaran planet itu ialah sebelum matahari terbit, dan lokasi di Pantai Timur akan mempunyai kawasan tontonan terbaik, selagi langit cerah, menurut The Weather Channel

Kenampakan planet itu seakan-akan membentuk satu garisan lurus di langit juga akan kelihatan, pada jam 6.40 pagi 3 Jun (waktu Malaysia).

@MYSAagensi / X

Fenomena yang berlaku hanya membabitkan formasi beberapa planet dalam sistem suria dan akan membentuk satu garisan luar di langit, yang mungkin dirasakan sebagai sesuatu yang luar biasa oleh segelintir manusia.

Garisan lurus planet itu dijangka ‘dibarisi’ enam planet iaitu Utarid, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

Dari perspektif pemerhati di Bumi, formasi keenam-enam planet kelihatan begitu mempesonakan seakan-akan membentuk satu formasi dalam garisan lurus di langit timur.

@MYSAagensi / X

Mengulas mengenainya, Pegawai Penyelidik Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa (BES) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Lau Chen Chen, berkata sebenarnya semua planet itu adalah tidak sejajar jika dilihat dari angkasa.

Katanya, penjajaran planet berlaku apabila sekurang-kurangnya tiga planet kelihatan berada dalam satu garisan di langit.

Dari sudut ahli dan peminat astronomi, ia tidak asing lagi kerana ia sudah diketahui lama oleh tamadun manusia sejak dahulu lagi.

“Penjajaran planet boleh berlaku pada setiap tahun dengan jumlah dan kombinasi planet yang berbeza.

“Namun, fenomena ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada Bumi kerana ia hanyalah fenomena optikal, ” katanya yang berpendapat situasi itu tetap dapat menarik perhatian masyarakat dunia yang dianggap mengagumkan.

@MYSAagensi / X

Fenomena ‘Penjajaran Planet’ dapat dilihat bergantung kepada cuaca

Pada kali ini, Chen Chen berkata, fenomena penjajaran planet hanya membabitkan empat planet iaitu Utarid, Marikh, Musytari dan Zuhal dapat ditonton dengan mudah serta jelas dengan mata kasar.

Tetapi tidak untuk planet Uranus dan Neptun jika ingin melihat fenomena itu perlu menggunakan alat bantu optik seperti binokular serta teleskop kerana objeknya nampak terlalu kecil.

Bagaimanapun, katanya penampakan planet itu amat bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

“Fenomena itu dapat disaksikan sekitar awal pagi 3 Jun sebelum Matahari terbit sehingga pertengahan Julai 2024 di langit timur sekiranya cuaca dalam keadaan baik.

Gambar Hiasan / Pexels

“Pemerhati boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena itu berlaku, ” katanya.

Mengulas lanjut kepada Berita Harian mengenai kewujudan fenomena penjajaran planet di ruang angkasa itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah, berkata situasi itu dapat menarik minat orang ramai khususnya golongan muda untuk mempelajari dan memahami dengan lebih lanjut bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI