Beberapa bahagian di California, Amerika Syarikat dilanda beberapa siri gempa dengan 13 gempa bumi menggegarkan negeri itu dalam tempoh hanya 25 minit.
Kawasan itu dilanda gegaran susulan dengan 4.5 magnitud hanya enam minit kemudian, yang kemudian diikuti oleh beberapa siri gegaran susulan yang lebih kecil, yang berasal dari barat Laut Salton.
Gempa itu nampaknya berpunca daripada sistem sesar San Jacinto, salah satu yang paling aktif di selatan California. Gempa pertama berlaku pada jam 12.36 pagi, pada kedalaman 18.8 kilometer, kata ahli meteorologi.
“Selamat pagi California Selatan! Adakah anda merasakan gempa bumi berukuran 4.8 magnitud, kira-kira dua batu ke utara-barat El Centro pada 12.36 pagi? Sistem #ShakeAlert telah diaktifkan,” kata Badan Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) menerusi Shake Alert dalam hantaran di platform X.
El Centro ialah sebuah bandar di Imperial Valley yang terletak di wilayah sempadan selatan California. Gegaran itu berterusan sehingga 1.01 pagi, apabila gempa sehingga siri ke-13 yang bermula kurang setengah jam sebelum itu telah direkodkan.
“Ia malam yang sibuk di tempat kami,” pejabat Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan di San Diego dalam hantaran mereka di X. “Beberapa gempa bumi kecil telah berlaku di El Centro dalam tempoh 15 minit yang lalu. Beberapa daripadanya dapat dirasai di pejabat kami. Setakat 12.53 pagi terdapat 13!”
Pegawai berkata sistem amaran USGS Shake Alert menganggarkan sekurang-kurangnya satu daripada gempa bumi mencatatkan melebihi 5.0 magnitud, yang mencetuskan amaran kepada telefon pintar.
Kluster gempa bumi yang pantas itu berlaku dua hari selepas gempa bumi berukuran 4.6 magnitud melanda beberapa kilometer di barat laut Malibu pada Jumaat, 9 Februari. Pihak berkuasa berkata tiada kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan.
Pakar gempa California, Dr Lucy Jones memberitahu stesen berita KTLA bahawa terdapat kemungkinan 5% gempa bumi yang lebih besar di selatan California tidak lama kemudian. Tetapi ia tidak akan dikaitkan dengan gempa 5.7 magnitud lebih besar yang telah menggegarkan Pulau Besar Hawaii beberapa hari lebih awal pada 9 Februari.