31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaGaya HidupAis panggang menu pelik pada musim panas

Ais panggang menu pelik pada musim panas

Ais panggang, menu pelik yang mula terkenal selepas tular menerusi klip video yang dirakam di sebuah gerai makanan di Wilayah Jiangxi, China.

Oddity Central

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa ketul ais besar dipanggang dan kemudian diperisakan dengan sos dan rempah sebelum dihidangkan.

Berdasarkan laporan Oddity Central, tiada sesiapa pun yang kelihatan memakan hidangan itu.

Namun menu itu nampaknya sangat popular pada musim panas kerana ditawarkan sebagai hidangan percuma.

Selepas video tersebut tular, akhbar tempatan cuba dan akhirnya berjaya menjejaki pengusaha makanan jalanan tersebut.

Menurut pengusaha lelaki itu, dia mendapat ilham untuk mencipta menu berkenaan pada musim panas sebagai cara untuk menyejukkan badan.

The Straits Times

Pada dasarnya, idea tersebut hanya sekadar lelucon namun pengusaha lelaki itu tidak menyangka bahawa ramai orang menyukai menu pelik itu.

Dia mendapat banyak permintaan dan ada yang sanggup membuat tempahan terlebih dahulu.

Menu pelik tersebut dijual pada harga sekitar Yuan15 berdasarkan laporan tempatan.

Baru-baru ini satu video menunjukkan seorang wanita mencuba ais panggang tersebut.

New York Post

Dia kelihatan begitu teruja dan selepas mencubanya dia menyifatkan makanan jalanan itu sebagai ‘pedas’ dan ‘menarik’.

Mula-mula pengusaha mengambil beberapa ketul ais bersaiz besar dan meletakkannya di atas redai yang dibawahnya terdapat nyalaan api yang besar.

South China Morning Post

Selepas itu, dia meletakkan minyak, sos, rempah dan perasa. Kemudian membalik-balikkan ais tersebut sehingga semuanya sebati.

South China Morning Post

Kemudian, dia mengangkat ais panggang tersebut dan menghidangkannya di dalam pinggan kertas berbentuk segi empat tepat.

South China Morning Post

Menurut pengusaha itu, ais panggang itu perlu dimakan panas-panas.

Ramai orang tertanya-tanya adakah ais tersebut akan mencair.

Namun ternyata ais panggang itu tidak mudah mencair kerana saiz ais tersebut besar.

South China Morning Post

Menu ini digambarkan sebagai “Makan malam gadis, edisi China” oleh Radii, sebuah media bebas yang bertumpukan pada budaya belia China.

Di Douyin, seorang pengguna dari Hunan mengatakan bahawa kiub ais sangat wangi apabila dipanggang.

Pada Jun lalu, China tular dengan satu lagi menu pelik iaitu kerikil goreng.

CNN Travel

Kerikil goreng dikatakan berasal beratus-ratus tahun yang lalu di wilayah tengah Hubei.

Makanan ringan pedas ini dikatakan telah dihidupkan semula oleh penjaja makanan jalanan di sebuah pasar malam Changsha.

Menerusi beberapa video yang tular pada Jun lalu, kelihatan kerikil digoreng dengan minyak cili, bawang putih, rosemary dan lain-lain.

Hidangan tersebut difahamkan dijual sekitar Yuan18.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI