27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaBerita UtamaElak jadi mangsa penipuan kredit eMADANI

Elak jadi mangsa penipuan kredit eMADANI

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi laman X mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan kredit eMadani.

Penipuan tersebut berbentuk tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Tujuan peringatan itu dibuat adalah bagi mengelakkan penerima manfaat daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat pemindah ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Manakala bagi pihak kerajaan pula, mereka akan bertindak tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI.

Lantaran itu, kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi tujuan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Laman X

Kredit eMADANI hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat seperti MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow.

Shopee

Bermula 4 Disember 2023 pukul 8 pagi, pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 pukul 11.59 malam.

Proses pengkreditan RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-dompet pilihan pula akan mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan.

Manakala kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan sehingga 29 Februari 2024 pukul 11.59 malam.

Sila semak kelayakan sebelum anda meneruskan permohonan eMADANI ini.

Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.

Peluncurannya bertujuan untuk memangkinkan pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS).

Selain itu, tujuannya adalah untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai dan memanfaatkan rakyat.

Seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40 dijangka akan menerima manfaat kredit eMADANI tersebut.

Namun diingatkan, penerima eBeliaRahmah adalah tidak layak untuk menyertai program tersebut.

Ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program eMADANI ini, sila layari https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI

Anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang berkenaan sama ada menerusi talian, e-mel atau pautan yang disediakan:

  1. MAE: 1300-88-6688 atau e-mel ke [email protected].
  2. Setel: e-mel ke [email protected] atau layari https://help.setel.com/.
  3. ShopeePay: +603-27779222 atau layari https://help.shopee.com.my/portal/webform/b7a7ff2afd484f1dbddb3a922c7e90e7 .
  4. Touch ‘n Go eWallet: +603-50223888 atau layari https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my/requests/new?ticket_form_id=360001558914.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI