30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
UtamaBerita UtamaRidzman Zidaine, lakar sejarah di pentas peragaan Louis Vuitton

Ridzman Zidaine, lakar sejarah di pentas peragaan Louis Vuitton

Ridzman Zidaine, 23 merupakan model tempatan pertama yang memperagakan koleksi jenama mewah antarabangsa Louis Vuitton (LV) baru-baru ini.

Instagram

Pada 30 November lalu, LV telah memperkenalkan Koleksi Lelaki Pra-Musim Gugur 2024 di Avenue of Stars Hong Kong.

Pertunjukan itu merupakan buah tangan kedua ikon muzik dan fesyen, Pharrell Williams.

Koleksi ini dibina berdasarkan pujian luar biasa rancangan SS24 Pharrell dan kempen Speedy Bag baharu yang dibintangi Rihanna.

Terhasilnya koleksi ini menjadi bukti komitmen LV untuk mencipta inovasi fesyen masa depan tanpa mengetepikan tradisi dan warisan.

Rain

Koleksi Lelaki Pra-Musim Gugur 2024 Pharrell Williams Louis Vuitton menggabungkan semangat budaya melayari yang santai dan irama dinamik kehidupan bandar.

Setiap pakaian adalah naratif hubungan global dan setiap jahitan adalah komitmen terhadap inovasi.

Menerusi pertunjukan ini, nama Ridzman atau lebih mesra disapa Ritz semakin melonjak naik dalam industri fesyen.

Instagram

Terdahulu Ritz pernah mengharumkan nama negara menerusi pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Paris 2022.

Ketika itu, Ritz memperagakan koleksi jenama-jenama mewah antarabangsa seperti Louis Vuitton, Hermes, Ermenegildo Zegna dan Issey Miyake.

Dengan ketinggian 186 sentimeter serta keunikan wajah yang dimiliknya memang tidak dapat dinafikan lagi Ritz mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Ritz memulakan kerjaya dalam bidang ini seawal usia 19 tahun.

Bakat Ritz mula diketengahkan oleh sebuah agensi pemodelan yang berpangkalan di Kuala Lumpur iaitu Topboi Citizen pada tahun 2019.

Rain

Pada tahun yang sama, Ritz membuat penampilan sulungnya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2019) sebelum berlakunya pandemik COVID-19.

Sejak itu, ramai penggemar fesyen tertambat hati dengan raut wajah Melayu yang autentik Ritz.

Ritz juga telah beberapa kali menempa nama di pentas peragaan dunia malah pernah bekerjasama dengan agensi model Eropah iaitu Next Models di bawah Next Model Management.

Menurut Ritz dalam satu temu bual bersama Men’s Folio, jenama seperti Dior, Gucci dan Prada menarik minatnya untuk bekerjasama dengan mereka.

Men’s Folio

Daripada segi industri pemodelan tempatan pula, Ritz berpendapat ‘masih banyak kerja yang perlu dilakukan’.

Katanya lagi, acara tahunan utama seperti KLFW dan MBFW serta Pencarian Model Folio Lelaki perlu diperhebat jika mahu industri pemodelan Malaysia bergerak ke hadapan.

Ritz suatu ketika dahulu pernah bercita-cita untuk menjadi anggota polis.

Menurut Ritz, bapanya juga pernah menggalakkannya bermain bola sepak ketika dia masih muda. Tindakan itu menjelaskan mengapa dia diberi nama sempena legenda bola sepak Perancis.

Ditanya mengenai bidang pemodelan, Ritz berpendapat bahawa jika ada peluang berada di hadapan kamera janganlah dilepaskan atau dipersiakan.

Pemodelan adalah sebahagian besar daripada industri fesyen dan penting untuk memahami bahawa model membentangkan konsep yang ingin digambarkan oleh jenama.

“Model, dalam pelbagai cara sebenarnya menghidupkan dunia fesyen,” kata Ritz.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI