29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaGaya HidupIbu bapa pilu lihat rakaman CCTV anak didera pengasuh taska, ditampar dan...

Ibu bapa pilu lihat rakaman CCTV anak didera pengasuh taska, ditampar dan dipukul ketika makan

Seorang pengasuh wanita tanpa belas kasihan sanggup menendang, menampar dan menarik rambut seorang kanak-kanak di sebuah Taska di Luyang, Kota Kinabalu, Sabah.

Lebih memilukan, rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di bahagian muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.

Rakaman CCTV mengenai kejadian itu tular di media sosial.

Facebook

Bapa kepada kanak-kanak terbabit yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tidak sanggup melihat rakaman video daripada CCTV memaparkan anaknya didera.

“Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video daripada CCTV anak saya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian.

“Malah lebih memilukan saya, ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul guna pembaris berkali-kali,” katanya dalam nada sebak kepada Harian Metro.

Bapa kanak-kanak itu turut mendakwa sudah dua kali anaknya menjadi mangsa dera di taska berkenaan sejak Mac lalu.

Facebook

Katanya, kejadian pertama selepas isterinya mendapati terdapat kesan lebam di bahagian tangan anaknya sebaik diambil dari taska berkenaan.

“Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh pengasuh namun mengubah mengatakan dipukul rakan.

“Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak taska.

“Pihak taska hanya memberikan jawapan ia perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan di taska terbabit,” katanya.

Facebook

Menurutnya, mereka berasa ada yang tidak kena selepas isterinya mengusap ubun-ubun anaknya dan terkejut melihat ada kesan luka di kepala anaknya.

Katanya, dia bertanya kepada pihak taska namun mereka tidak dapat memberi jawapan mengenai kesan luka itu lantas meminta untuk memeriksa CCTV di taska berkenaan sebelum melihat rakaman anaknya didera.

Bapa kepada kanak-kanak itu sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, anaknya kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mengenal pasti kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.

Phoong Jin Zhe / Facebook

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah pada 9 Ogos, beliau dilaporkan berkata, pihaknya menerima tiga laporan kes berhubung kejadian dera kanak-kanak di taska berkenaan.

Katanya, satu laporan dibuat oleh bapa kanak-kanak terbabit manakala dua lagi diterima daripada pengusaha taska serta pengasuh berusia 27 tahun yang mendakwa dikasari.

“Dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan adalah ke atas seorang lelaki yang didakwa mengasari dan memukul pengasuh taska berkenaan. 

Phoong Jin Zhe / Facebook

Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan menyiasat.

Pada pagi 10 Ogos, pengasuh wanita terbabit yang berusia 27 tahun ditahan polis dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Wanita itu direman sehingga 17 Ogos selepas kebenaran reman dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI