Lauk ikan sardin dalam tin merupakan salah satu menu yang digemari ramai. Mana tidaknya, dengan cara memasak yang mudah, mudah didapati di mana-mana kedai runcit dan tempoh ketahanannya yang lama membuatkan ramai orang memilih untuk menikmatinya apabila mereka tidak tahu apa yang mahu dimakan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini sebuah video di media sosial berkaitan dengan tin sardin yang didakwa mengandungi cacing-cacing halus telah menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh @masak_apa_tak_jadi_arini di laman TikTok, didapati bahawa pemilik video telah menemui banyak ekor cacing halus yang berada dalam sardin tin yang mahu ingin dimasak olehnya.
Menurut kapsyen dalam video yang turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk turut sama berhati-hati sebelum memasak sardin dalam tin, pemilik video itu turut mendakwa bahawa dia hanya menyedari tentang kewujudan bendasing dalam makanan tersebut apabila dia mahu mula memasak makanan itu.
Nasib yang baik berpihak padanya, dia sempat menyedarinya sebelum makanan itu sempat dimasak dan lebih buruk lagi dimakan oleh dia dan keluarga.
Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 101,100 sukaan, 7,720 perkongsian dan 4,540 komen dari warganet yang memberi pelbagai pandangan masing-masing berkenaan isu sardin dalam tin ini.
Selain itu, ada juga antara warganet yang berpendapat bahawa bendasing yang ditemui itu bukanlah cacing halus seperti yang disangka, sebaliknya adalah serat tulang ikan sardin yang sudah lembut dan hampir hancur akibat proses penghasilan sardin dalam tin.
Justeru, marilah kita menjadi lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan makanan sebelum kita mula makan, tidak kiralah di rumah, di kedai makan atau dimana-mana sahajapun.
Pilihan Editor: