26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaKehadiran pengantin lelaki ke majlis pernikahan dengan hanya memakai kemeja-T dengan seluar...

Kehadiran pengantin lelaki ke majlis pernikahan dengan hanya memakai kemeja-T dengan seluar jean ini undang persoalan ramai.

Bagi kebanyakan orang, majlis pernikahan adalah salah satu upacara suci yang akan diraikan dengan meriah dan bersungguh-sungguh kerana ia adalah salah satu titik permulaan kepada sebuah kehidupan yang baharu buat pasangan pengantin. Disebabkan itu, kebiasaannya pada hari majlis perkahwinan, pengantin akan bersiap dengan cantik dan segak serta mengenakan busana yang baharu.

Gambar hiasan. (Samantha Gades/Unsplash)

Walau bagaimanapun, lain pula halnya yang terjadi kepada sepasang pasangan pengantin ini yang kedua-duanya kelihatan sangat berbeza di hari pernikahan mereka.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, pengantin perempuan dilihat begitu jelita dengan menggayakan gaun berwarna putih, wajah yang siap disolek dengan manis serta memakai aksesori rambut yang ringkas tetapi tetap menaikkan seri pengantin. Namun yang menarik perhatian, penampilan pengantin perempuan itu nampaknya tidak selari dengan penampilan pasangannya. 

Era Baru

Menerusi gambar, dapat dilihat bagaimana tenangnya pengantin lelaki menghadiri majlis pernikahannya sambil memakai baju kemeja-T berwarna putih, dan memadankannya dengan seluar jean. Berbeza dengan penampilan yang biasanya dipakai oleh pengantin lelaki ketika meraikan hari bahagia, lelaki ini kelihatan seperti hari tersebut adalah hari yang tiada bezanya dengan hari-hari sebelumnya. 

Walaupun tidak diketahui alasan disebalik gaya luar biasa pengantin lelaki ini, tetapi usahanya untuk tetap hadir ke hari pernikahannya juga adalah satu perkara yang sepatutnya dipuji. 

Mungkin, pengantin lelaki itu berdepan dengan masalah sebelum sampai ke dewan pernikahan…

Era Baru

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, raut wajah pengantin lelaki juga kelihatan dalam keadaan yang keletihan, seolah-olah tidak sempat untuk berehat sebelum pergi menandatangani sijil pernikahan antara dirinya dengan kekasih yang dicintainya.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik semula oleh laman Good Times ini telahpun meraih lebih dari 1,300 reaksi, 44 perkongsian dan 53 komen daripada warganet yang kebanyakannya meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan yang secocok ini.

“Apa yang penting adalah… pengantin lelaki tetap hadir dan mengucapkan ‘saya sudi”

Good Times

“Pakaian apa yang pengantin lelaki pakai adalah tidak penting. Dia kelihatan lebih kacak dengan pakaiannya dan pengantin perempuan sudah lebih dari gembira. Tahniah dan selamat. Nikmatilah!”

Good Times

“Dikatakan adalah lebih baik untuk kita tidak menghakimi seseorang melainkan kita sendiri yang melalui jalan hidupnya.

Kita tidak tahu keadaan pengantin lelaki mahupun kita tahu apa yang sebenarnya dia sedang lalui, justeru kita tidak mempunyai hak untuk menghakiminya.”

Good Times

“Apa yang penting adalah dia (pengantin lelaki) hadir.”

Good Times

Apa-apapun, didoakan semoga hubungan perkahwinan pasangan ini kekal selamanya walaupun mereka mempunyai gambar hari majlis pernikahan yang sangat unik!

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI