31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaFenomena gelinciran planet Zuhrah, rakyat Malaysia turut menyaksikannya

Fenomena gelinciran planet Zuhrah, rakyat Malaysia turut menyaksikannya

Fenomena gelinciran planet Zuhrah yang berlaku pada 24 Mac 2023 yang kelihatan di tanah air memberi peluang pada rakyat Malaysia untuk turut menyaksikannya. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk merakam dan menangkap gambar bintang kejora (sebenarnya planet Zuhrah) dan memuat naik di media sosial masing-masing.

Antara mereka yang berkongsi gambar mengenai fenomena ini ialah Zamir Mohyedin di Twitter.

Menurut Zamir, “planet Zuhrah merupakan planet kedua dari Matahari. Kerana sifatnya yang terpanas dalam sistem suria, Zuhrah mampu meleburkan plumbum. Kepanasannya itu berpunca daripada ketebalan karbon dioksida dan asid sulfurik yang memerangkap haba.”

Selain Zamir, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan juga turut berkongsi gambar yang dirakam pada pukul 8.00 malam (24.03.2023).

Twitter

Untuk makluman anda, gelinciran atau penghijaban (dalam astronomi dipanggil occultation) bermaksud kejadian yang melibatkan sesuatu objek melintas di hadapan objek lain. Semasa keadaan ini berlaku, cahaya objek di belakang akan terlindung sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan, hanya sebahagian sahaja cahaya yang akan terlindung.

Penghijaban Zuhrah oleh Bulan (Lunar Occultation of Venus) merupakan fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan planet Zuhrah daripada pandangan Bumi iaitu planet Zuhrah akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan dan kemudian akan muncul semula.

Manakala zon penghijaban kegelinciran (grazing occultation) pula bermaksud kawasan di mana sebahagian daripada cakera planet Zuhrah akan terlindung oleh sisi Bulan.

Menurut Rektor Akademi Astronomi Malaysia, Akademi Falak Malaysia Shahrin Ahmad, kali terakhir fenomena gelinciran planet Zuhrah tersebut berlaku di negara ini ialah pada 27 Mei 2022.

Memetik laporan daripada portal dalam talian Harian Metro, Sharin berkata, “Namun, ia berlaku pada waktu siang dan tidak ramai dapat menyaksikan sendiri berbanding fenomena kali ini apabila ia boleh dilihat dengan mata kasar ketika ini.

“Sebelum itu, fenomena sama berlaku pad 18 September 2017 dan ia turut boleh dilihat dengan mata kasar seperti fenomena pada malam ini yang kita sedang lihat.”

Ujar Shahrin lagi, fenomena ‘kegelinciran’ ini amat menarik untuk dicerap kerana ia dapat menunjukkan momen-momen cahaya daripada Zuhrah akan hilang, muncul dan pudar sedikit daripada kesan ia bergerak di celah-celah gunung dan luruh di ufuk permukaan bulan.

Tambahnya lagi, waktu bermula dan berakhirnya penghijaban ini berbeza daripada satu lokasi ke lokasi lain. Dengan menggunakan aplikasi seperti SkySafari atau Celestron SkyPortal, kita boleh melakukan kiraan tersebut sendiri.

Selain Malaysia, fenomena ini juga dapat dilihat di China, India, Afrika Selatan, Pakistan, Myanmar, Thailand, Taiwan, Bhutan dan beberapa lokasi lain.

Koleksi foto:

  • Muzamir Mazlan, Terengganu, Malaysia.
Muzamir Mazlan
  • Vermont Coronel Jr, Bandar Quezon, Filipina.
Vermont Coronel Jr
  • Prithvi Mani, Mumbai, India
Prithvi Mani
  • Cat Meow, Singapura
Cat Meow
  • Filipp Romanov, Rusia
Filipp Romanov

Berikut adalah beberapa laman sesawang yang menerangkan lebih lanjut mengenai fenomena ini:

  1. Lunar occultation of Venus 2022
  2. Lunar occultation of Venus 2023
  3. falakonline.net
  4. earthsky.org

Jika anda terlepas atau tidak berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini pada tahun ini, usah bimbang kerana anda boleh menyaksikannya pada tahun 2026 nanti.

Lunar occultation of Venus – In-The-Sky.org

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI