Seekor oyen bertubuh besar bernama Bubble mendapat perhatian warganet baru-baru ini selepas pemiliknya, @warnabilla, menyiarkan ciapan yang menunjukkan kucing bulat itu kelihatan segak dengan baju melayunya.
Ciapan yang dimuat naik pada 27 Februari itu menunjukkan imej kucing segak berbaju melayu hijau dan bersamping tetapi malang bajunya tidak boleh dibutang.

Nabilla berkata dia telah membeli saiz XL yang paling besar ditawarkan. Ciapan itu telah mendapat perhatian lebih 10,300 yang suka dan 4,000 ciap semula.

“Kisah sedih hari ini: Baju Raya Bubble sendat. Butang pun tak boleh,” tulis Nabilla di Twitter.
“Sedih laaa. Saya suka warnanya. Bubble nak berjalan pun tak boleh, dia hanya boleh berguling-guling je. Memang gorgon Bubble ni,” tulisnya menunjukkan Bubble yang sedia comel dengan muka tidak bersalah memakai busana Rayanya.

Bubble pada mulanya merupakan kucing jalanan yang diambil Nabilla sejak dua tahun lalu, dan sudah menjadi anak kucing gemuk ketika dia mula-mula ditemui.
Nabilla pertama kali melihat Bubble kira-kira enam tahun lalu apabila dia melihat kucing gebu itu berkeliaran di jalanan. Dia mendapat tahu melalui pemiliknya yang terdahulu, Bubble melarikan diri kerana tidak boleh berkawan dengan kucing lain di rumah lamanya sebelum ini.

Selepas beberapa lama menjadi kucing terbiar, Nabilla memutuskan untuk mengambil Bubble dan mengekalkan namanya.
Nabilla menjelaskan Bubble adalah kucing yang sihat tetapi sudah tua dan obes apabila dia diambil sebagai kucing peliharaan. Bubble sentiasa dipantau berat badannya dan Nabilla telah menjaganya dengan baik.

Warganet berasa terhibur apabila melihat betapa bulatnya Bubble dengan komen mereka:
“Bulan puasa boleh kurus”
“Memang trend sekarang baju melayu slim fit la..”
“Jadi V neck terus, hahaha..”
“Sepadan warna baju hijau sama dengan warna matanya..”
“Bubble dah macam pakai sarung bantal jadinya.”
“Mungkin boleh belikan raksasa gorgon ni baju raya saiz budak 2-3 tahun.”
Apa-apa pun walaupun tidak berbaju, Bubble tetap comel dengan saiznya itu.
Pilihan Editor: