31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaSampel air kumbahan pesawat dikesan ada virus COVID-19

Sampel air kumbahan pesawat dikesan ada virus COVID-19

28 daripada 29 atau 96.5 peratus sampel air kumbahan pesawat dikesan mengandungi virus COVID-19 menurut Dr Noor Hisham. Sampel yang dikesan mengandungi virus SARS-CoV-2 dengan varian Omicron tersebut diperoleh dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

ASTRO AWANI

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan itu adalah hasil pengujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) manakala satu lagi sampel masih dalam proses pengujian.

Kata Dr Noor Hisham lagi, bagi tempoh yang sama, MKAK turut menerima sejumlah 301 sampel dari 15 lokasi sentinel bagi mewakili setiap negeri di negara ini.

“288 sampel (95.7 peratus) dikesan kehadiran SARS-CoV-2 yang positif Omicron. Tiga tidak dikesan manakala 10 masih dalam proses pengujian,”katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menjalankan survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan sejak Jun hingga 31 Disember tahun lepas. Katanya, survelan tersebut bertujuan sebagai amaran awal melalui pengesanan kehadiran virus SARS-CoV-2 dalam sampel air kumbahan. Ia memberi gambaran trend kepekatan virus itu dan mengenal pasti varian virus yang terdapat dalam komuniti, serta memantau keberkesanan intervensi kawalan COVID-19 secara amnya.

Menurut Dr Noor Hisham, bagi lokasi sentinel di setiap negeri, sampel air kumbahan diambil dari loji rawatan kumbahan terpilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkenaan. Sebanyak dua atau tiga sampel diambil dari setiap lokasi sentinel setiap bulan, mengikut keperluan. Sampel-sampel tersebut kemudiannya dihantar ke MKAK bagi proses pengujian.

Bagi sampel dari PMA pula, peniliaian risiko dijalankan secara berterusan bagi mengenal pasti negara-negara yang berisiko. Hasil penilaian tersebut, kesemua penerbangan dari negara yagn dikenal pasti kemudiannya diteliti dengan lebih lanjut oleh Pejabat Kesihatan (PK) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Secara amnya air kumbahan kapal terbang akan dibawa keluar dari kapal terbang melalui lori septik pembentung ke kemudahan pelupusan sisa pesawat (AWDF) dan proses ini diselaraskan oleh pihak Pengendali Darat Lapangan Terbang.

Setelah penerbangan yang disasarkan dikenal pasti, proses persampelan air kumbahan dijalankan oleh PK KLIA dengan kerjasama pihak lapangan terbang KLIA sebelum air kumbahan ini dilepaskan ke AWDF.

Dr Noor Hisham berkata persampelan air kumbahan dari pesawat dijalankan sebanyak dua kali seminggu.

“Bagi survelan air kumbahan dari pesawat ini, sebanyak satu liter sampel air kumbahan diambil daripada pesawat terpilih,” katanya.

Beliau berkata seiring dengan keadaan semasa, survelan air kumbahan PMA akan turut melibatkan sampel dari China.

Langkah itu akan membolehkan KKM memantau kemasukan varian SARS-CoV-2 dari China sebagai antara langkah kawalan dalam menghadapi situasi semasa.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI