Sempena sambutan Tahun Baharu 2023, beberapa pengamal Falun Gong di Malaysia mengadakan aktiviti formasi muka taip di ambang Persidangan Perkongsian Pengalaman Amalan Falun Dafa Malaysia untuk mengucapkan tahniah dan selamat tahun baru kepada Guru Li Hongzhi, dalam suasana bertafakur dan aman.

Pada 24 Disember 2022, bermula jam 2.00 petang, pengamal Falun Gong telah berkumpul di padang rumput Padang Astaka di Petaling Jaya, Selangor. Semua pengamal berbaris dengan berdisiplin dan mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada Guru dengan hati yang bersyukur.

Kemudian, pengamal Falun Gong melakukan latihan bersama-sama, menunjukkan keindahan latihan tersebut. Selepas latihan, semua dengan kemas membuat formasi muka taip perkataan “pembaikan” secara serentak, mencerminkan pandangan rohani pengamal Falun Dafa “Sejati, Baik, Sabar”, dengan suasana khusyuk dan damai.

Walaupun musim hujan lebat di beberapa negeri dan beberapa kawasan dilanda banjir, cuaca yang cantik pada hari majlis berlangsung disambut dengan rasa kesyukuran. Bukan sahaja tidak hujan, malahan cuaca sangat cerah dari pagi sehingga ke petang. Cuaca yang cantik membolehkan acara tersebut selesai dengan jayanya.

Kira-kira 350 pengamal Falun Gong menyertai aktiviti muka taip pada hari itu, termasuk pengamal Falun Gong dari seluruh Malaysia, serta beberapa pengamal dari Vietnam dan Indonesia.

Pengamal Falun Gong dari Vietnam dan Indonesia berkata mereka berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan dan menyatakan penghargaan selepas acara itu berjalan dengan lancar.

Yan Jilun, salah seorang yang bertanggungjawab dalam menganjurkan acara itu berkata, mereka telah membuat persiapan untuk acara muka taip ini selama sebulan.

Apa yang menyentuh hati ialah beliau melihat pengamal Falun Gong, tanpa mengira latar belakang mereka telah melaksanakan tugas secara spontan dan saling bekerjasama untuk membentuk perkataan itu, demi memastikan aktiviti ini dapat berjalan lancar dengan jayanya.
Pilihan Editor: