28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaGraduan kehilangan penglihatan beroleh ijazah dari Universiti Malaya

Graduan kehilangan penglihatan beroleh ijazah dari Universiti Malaya

Thew Ming Soon adalah antara 7,863 graduan Universiti Malaya yang beroleh ijazah baru-baru ini. Kejayaannya diraikan dalam Istiadat Konvokesyen ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 hingga 12 Disember lalu. Namun, kejayaan insan ini lebih istimewa kerana dia merupakan graduan kehilangan penglihatan. Ternyata kekurangan yang ada pada dirinya itu bukanlah penghalang untuknya berjaya dalam pelajaran. Mari teruskan membaca kisah graduan Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang penuh inspirasi ini.

UM

Insan yang berasal dari Johor ini berkata dia mengalami kesukaran belajar kerana pertukaran mod pengajaran dan pembelajaran daripada fizikal kepada dalam talian. Hal ini terjadi ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan aplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kebanyakan aplikasi mudah untuk saya gunakan.

Menurut Thew Ming Soon dalam satu wawancara yang direkodkan oleh UM+, penetapan matlamat yang jelas seperti menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga adalah motivasinya untuk menamatkan pengajian.

Graduan kehilangan penglihatan ini turut memesan pelajar-pelajar kurang upaya yang sedang melanjutkan pengajaran agar tidak berputus asa dan percaya kepada rezeki. Ini kerana menurutnya, selagi ada usaha, akan ada peluang dan rezeki untuk berjaya.

UM

Untuk makluman, Thew Ming Soon pernah menjadi bualan negara kerana beroleh CGPA 3.67 dalam peperiksaan STPM pada tahun 2017.

Ketika itu dia mengalami kesukaran belajar kerana tidak mempunyai akses kepada buku teks Braille pada mulanya. Namun, atas kerja kerasnya serta pertolongan daripada rakan-rakan, dia akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan beroleh keputusan cemerlang.

THE STAR

Kesimpulannya, untuk mendapatkan kejayaan dalam sesuatu perkara yang diusahakan, kita hendaklah berkerja keras ke arahnya.

Syabas, Thew Ming Soon! Semoga orang ramai terinspirasi dengan kisah ini.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI