25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaMH17: 3 orang suspek didapati bersalah menembak jatuh pesawat dan membunuh 298...

MH17: 3 orang suspek didapati bersalah menembak jatuh pesawat dan membunuh 298 orang

Mahkamah Belanda telah memutuskan tiga orang suspek didapati bersalah atas tuduhan menembak jatuh pesawat MH17. Seramai 298 orang terkorban ketika pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak dengan peluru berpandu milik Rusia pada 17 Julai 2014 di ruang udara Ukraine yang dikuasai oleh puak pemberontak.

Sedutan daripada keputusan yang dibacakan hakim.

Mahkamah mendapati peluru berpandu buatan Rusia yang dibekalkan dari Rusia itu ditembak oleh kumpulan bersenjata di bawah kawalan Rusia hingga mengenai pesawat MH17.

Kumpulan bersenjata tersebut terdiri daripada dua orang warga Rusia iaitu Igor Girkin dan Sergei Dubinskiy manakala seorang lagi ialah Leonid Kharchenko, warga Ukraine. Ketiga-tiga suspek yang bersalah tersebut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan diarah membayar pampasan “lebih daripada €16 juta” kepada mangsa.

BBC

Biodata ringkas mengenai suspek:

  1. Igor Girkin – bekas Kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) telah disabitkan kesalahan menggunakan peluru berpandu dan meminta bantuan Rusia.
  2. Sergei Dubinskiy – bekas pegawai Agens Perisikan Tentera agensi Tentera Russia (GRU) didapati bersalah kerana mengarahkan dan mengawasi pengangkutan pelancar peluru berpandu BUK.
  3. Leonid Kharchenko – didapati bersalah kerana telah mengawasi BUK dan bertindak mengikut arahan Dubinskiy.

Untuk makluman, ada seorang suspek lagi yang terlibat iaitu Oleg Pulato, warga Rusia merupakan bekas pegawai tentera Spetznaz-GRU. Walaupun dia tahu mengenai peluru berpandu itu namun dibebaskan daripada tuduhan kerana kekurangan bukti mengenai peranannya dalam penembakan peluru berpandu tersebut.

@kamarul14

Menurut Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy keputusan mahkamah adalah penting kerana jika dibiarkan jenayah baru akan muncul. Keputusan itu menutup perbicaraan yang dijalankan secara ‘in absentia’ (tanpa kehadiran tertuduh di mahkamah) selama 32 bulan yang bermula pada Mac 2020.

Susulan daripada keputusan tersebut, beberapa ahli keluarga mangsa berasa bersyukur dan lega kerana akhirnya kebenaran tertegak juga. Piet Ploeg, pengerusi Yayasan Bencana Penerbangan MH17 kehilangan seorang abang, kakak ipar dan anak saudara dalam nahas tersebut.

“Kebenaran telah ditetapkan, bukan sahaja penting untuk semua saudara, tetapi bagi perspektif antarabangsa juga,” kata Ploeg kepada media Belanda. Kata Ploeg lagi, yang lebih penting adalah hakim telah bercakap secara terbuka tentang peranan Rusia dalam konflik dan bencana tersebut.

Mengimbas kembali detik hitam tersebut, hanya beberapa jam dalam penerbangan, peluruh berpandu meletup tepat di atas dan di sebelah kiri kokpit menyebabkan pesawat MH17 terputus di udara dan membunuh semua penumpang.

BBC

Mangsa yang terlibat datang dari 17 buah negara dan antaranya ialah 196 orang warga Belanda, 43 orang warga Malaysia, 38 orang warga Australia dan 10 orang warga United Kingdom. 80 daripada mangsa tersebut merupakan kanak-kanak.

Rusia sentiasa menafikan sebarang penglibatan terhadap kejadian tersebut. Mereka malah mengeluarkan pelbagai teori pilihan seperti mengatakan jet pejuang Ukraine yang menembak peluru berpandu tersebut. Selain itu, Rusia juga mendakwa bahawa tentera kerajaan Ukraine yang sepatutnya bertanggungjawab sambil membawa bukti yang menyokong dakwaan mereka.

The Guardian

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah yang dihadapi Rusia selepas pembohongan mereka dibongkar dengan teliti oleh pasukan penyiasat antarabangsa.

Pasukan penyiasat tersebut mendapati keretakan pesawat di udara berpunca daripada letupan kepala peledak jenis 9N314M buatan Rusia yang dibawa pada peluru berpandu 9M38M1. Peluru berpandu tersebut dilancarkan dari bahagian timur Ukraine dengan menggunakan sistem berpandu BUK.

Hasil gabungan petunjuk seperti panggilan telefon yang dipintas, pengakuan saksi dan juga serpihan logam yang ditemui dalam mayat anak kapal akhirnya menemukan jenis senjata yang digunakan. Selain itu, laluan pengangkutan peluru berpandu tersebut dari berek tentera di Rusia merentasi sempadan ke tapak pelancaran juga berjaya dijejak dan dibuktikan.

The Guardian

Semua suspek enggan menghadirkan diri di mahkamah pada hari pertuduhan dibacakan. Hanya Pulatov sahaja yang bertindak melantik peguam untuk membela dan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Kata Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, “Ini adalah satu lagi langkah dalam usaha mencari kebenaran dan keadilan untuk mangsa dan orang tersayang mereka. Namun ia bukanlah kesimpulan yang muktamad dan penamat”. Katanya lagi, “Ini kerana semua pihak berhak merayu, jadi penghakiman belum muktamad. Namun yang utamanya adalah satu langkah penting telah diambil hari ini.”

Silene Fredriksz antara ahli keluarga mangsa menerima keputusan itu dengan berlapang dada. Biarpun anak-anak yang terkorban tidak akan kembali lagi namun mereka memerlukan kebenaran dan keadilan. “Ini adalah sebahagian kecil daripada keadilan kami,” kata Silene.

Untuk mendengar pembacaan keputusan secara penuh, boleh lihat di sini.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI