Bagi ibu yang baru bersalin, ada beberapa pantang yang perlu mereka turutkan demi memastikan emosi dan kesihatan mereka terjaga dan memuaskan. Antara pantang yang perlu dipatuhi ibu ialah pantang merokok, pantang makan produk kurus dan pantang tidak berjalan dan baring sahaja. Ini termasuklah pantang makan. Bercakap mengenai makanan ketika berpantang, hidangan berpantang yang disediakan oleh suami untuk isterinya yang baru bersalin ini bukan sahaja berkhasiat tetapi melucukan!
Menurut @FarahMohan hidangan berpantang tersebut disediakan sendiri oleh suaminya. Antaranya ialah seperti gambar-gambar yang dikongsinya di Twitter.
Hidangan berpantang yang disediakan oleh suaminya memang berkhasiat dan sesuai untuk ibu bersalin. Namun yang mencuri perhatian adalah hiasan pada hidangan tersebut.
Rata-rata netizen suka dengan hidangan tersebut kerana ia sangat menghiburkan!

Macam-macam gaya persembahan yang ditunjukkan oleh suami @FarahMohan. Semuanya mencuit hati!

Jika begini, bukan kesihatan badan sahaja terjaga kerana dihidangkan makanan yang berkhasiat, tetapi emosi ibu juga nampaknya terjaga dengan baik.

Pasti sedikit sebanyak kesakitan dan letih selepas bersalin itu hilang tatkala melihat hidangan berpantang seperti ini.

Menurut @FarahMohan, suaminya itu adalah seorang pereka grafik. Jadi tidak hairanlah jika hidangan berpantang tersebut didatangkan dengan pelbagai hiasan menarik dan mencuit hati.
Tetapi ada sesetengah masyarakat yang masih ragu-ragu tentang makanan yang boleh dimakan oleh ibu bersalin. Ini kerana, ada yang berpendapat terdapat makanan yang tidak sesuai dimakan oleh ibu kerana dikhuatiri akan melambatkan proses penyembuhan luka atau menyebabkan perut kembung.
Namun, menurut Dr Muhammad Izzat menerusi hantarannya di Twitter, jika tidak ada alergi, ibu bersalin boleh makan seperti biasa.
Bagi ibu-ibu yang sedang berpantang, selamat berpantang! Semoga anda dan bayi anda sentiasa sihat.
Pilihan Editor: