25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobal1,850 penganut Falun Gong ditahan dalam masa 2 bulan di China: Laporan

1,850 penganut Falun Gong ditahan dalam masa 2 bulan di China: Laporan

Parti Komunis China (PKC) mula menindas secara kejam penganut Falun Gong di seluruh negara pada tahun 1999, kempen yang berterusan sehingga hari ini. Dari 1 Julai hingga 31 Ogos, sekurang-kurangnya 1,850 pengamal Falun Gong telah diganggu, ditahan, diseksa, menjalani ujian darah tanpa kerelaan, dan telah dilucutkan harta peribadi dan pencen persaraan, menurut laporan 13 September di Minghui.org.

Minghui.org ialah platform maklumat digital Falun Gong yang merekodkan aktiviti penganiayaan PKC di China.

Falun Gong, juga dikenali sebagai Falun Dafa, ialah disiplin kerohanian untuk peningkatan sahsiah diri yang menggunakan lima latihan yang perlahan dan lembut serta ajaran moral berdasarkan prinsip Sejati, Baik, Sabar.

Menurut laporan Minghui, dalam tempoh dua bulan, rejim komunis menyerbu 614 rumah pengamal Falun Gong, menangguhkan persaraan 14 pengamal senior Falun Gong, dan secara paksa mengumpul sampel darah dan rambut daripada 31 pengamal Falun Gong. Laporan itu menyatakan 18 pengamal Falun Gong meninggal dunia dalam tahanan atau di rumah selepas dibebaskan dari penjara kerana penyeksaan dan layanan keras yang diterima.

Gambar oleh Samira Bouaou / The Epoch Times

Penganiayaan PKC terhadap Falun Gong telah dilancarkan oleh pemimpin PKC pada ketika itu iaitu Jiang Zemin, yang menganggap populariti Falun Gong sebagai ancaman kepada pemerintahannya dan Parti.

Pada Jun 1999, Jiang telah menubuhkan dua badan yang disahkan undang-undang iaitu “Kumpulan Utama untuk Mengendalikan Isu Falun Gong” dan pejabat operasinya yang dikenali “pejabat 610″—bagi tujuan yang semata-mata untuk menghapuskan Falun Gong.

Pengamal Falun Gong di China telah dikenakan penahanan, pemenjaraan, penyeksaan dengan lebih 100 kaedah, buruh paksa, dan pengambilan organ secara paksa sejak 1999.

Kes-kes penganiayaan

Menurut laporan Minghui bulan September, PKC telah meningkatkan sasarannya terhadap Falun Gong sebelum Kongres Parti Kebangsaan ke-20 PKC ditetapkan pada pertengahan Oktober tahun ini. Berikut adalah butiran mengenai penganut Falun Gong yang dianiaya dalam masa dua bulan lalu.

Dipukul

Zhang Xiufen, seorang pengamal Falun Gong Beijing yang berusia lebih 70 tahun, telah diculik oleh polis Qingta di Daerah Fengtai, Beijing, pada 5 Julai ketika dia dalam perjalanan pulang. Empat pegawai polis biasa dan empat polis bantuan memukulnya di balai polis. Pusat tahanan tempatan enggan menerimanya kerana dia cedera parah akibat dipukul.

Menurut Hospital Pusat Perbadanan Aeroangkasa China, Zhang mengalami patah tulang vertebra toraks, tulang rusuk dan patah vertebra lumbar.

Ditahan

Lyu Wei ialah pengamal Falun Gong di bandar Harbin, di timur laut Wilayah Heilongjiang. Lyu telah dibawa dari pangsapurinya pada 11 Julai selepas sedozen polis memecah masuk ke dalam kediamannya. Para pegawai kemudian menyelongkar rumah Lyu dan merampas sebuah kotak yang mengandungi kira-kira 300 risalah mengenai Falun Gong.

Polis tidak mengemukakan waran tangkap atau waran geledah.

Lyu, bekas guru bahasa Inggeris di sekolah menengah, telah ditangkap pada tahun 1999, 2000, dan 2007. Dia kehilangan pekerjaannya pada tahun 2007 kerana enggan meninggalkan kepercayaannya kepada Falun Gong.

Lyu tidak dibenarkan bertemu dengan peguam atau keluarganya, menurut Minghui.

Lyu Na, kakak Lyu Wei, tinggal di Amerika Syarikat, dan telah merayu kepada pegawai A.S yang dilantik untuk membantu mendapatkan pembebasan Lyu Wei.

Anak lelaki dijadikan tebusan

Ma Ping, seorang pengamal Falun Gong berusia 60 tahun di bandar Jilin, Wilayah Jilin, sakit di rumah pada 20 Julai. Dia sebelum ini ditangkap dan dipenjarakan selama empat tahun pada 2009 di Penjara Gongzhuling, Wilayah Jinlin, di mana dirinya mengalami penyeksaan yang teruk.

Contohnya, beberapa pengawal penjara menggunakan belantan elektrik untuk merenjat seluruh badan, alat kelamin dan duburnya. Dia juga tertakluk kepada pemberian makan secara kejam, regangan katil maut, dan kurungan dalam sel kecil selama sebulan. Tubuhnya mempunyai parut akibat penyeksaan, dan kesihatannya semakin merosot. Anaknya sering membawanya keluar dengan menggunakan kerusi roda.

Pada malam 20 Julai, polis memecahkan tingkap dan menyerbu rumah Ma selepas isterinya enggan membuka pintu. Apabila mereka melihat Ma dalam kesihatan yang teruk, mereka membawa anak lelakinya ke balai polis sebagai tebusan untuk memaksa Ma melepaskan kepercayaannya terhadap Falun Gong. Apabila Ma enggan mematuhinya, polis menahan anaknya di balai polis sehingga lewat 23 Julai.

Gambar Minghui Pub.

Dirompak wang tunai dan harta peribadi

Pada 12 Ogos, pengamal Falun Gong Li Chaoqun dan Zhang Yixin (ibu dan anak perempuan) telah diculik oleh polis di Daerah Chaisang, Bandar Jiujiang, Wilayah Jiangxi, dan tidak berhasil mendapatkan kembali 102,970 yuan (RM66,872) dan wang tunai AS$2,811 (RM12,742) yang dirampas polis.

Pada jam 8 malam 19 Julai, polis tempatan menculik Zhao Qingping dan ibu mertuanya, kedua-duanya pengamal Falun Gong di bandar Wuchang, Wilayah Heilongjiang, dari rumah mereka.

Polis menyelongkar rumah mereka dan merampas kira-kira 50 buku Falun Gong, satu komputer meja, satu komputer riba, dua pencetak, dua pemain MP3, 30 pemacu USB, empat telefon bimbit, dan 373,000 yuan (RM242,239) dalam bentuk wang tunai yang dikeluarkan baru-baru ini daripada bank untuk membantu anak lelaki Zhao membeli sebuah pangsapuri.

Polis enggan memulangkan wang tersebut. Ibu mertua Zhao telah dibebaskan pada keesokan paginya, tetapi Zhao telah ditahan di bawah tuduhan jenayah.

Keluarga Zhao telah mengupah peguam hak untuk membelanya di mahkamah.

Kes-kes ini adalah beberapa contoh penganiayaan yang menyasarkan pengamal Falun Gong di China. Disebabkan firewall internet PKC dan penapisan maklumat, butiran lengkap tentang tahap penganiayaan tidak tersedia.

Penggubal Undang-Undang global menyeru penganiayaan dihentikan

Gambar oleh Larry Dye / The Epoch Times

Inter-Parliamentary Alliance on China (IPAC) mengeluarkan kenyataan pada 20 Julai menyeru agar dihentikan penindasan PKC terhadap kumpulan agama dan mereka yang dipenjarakan kerana mempertahankan hak menganut agama mereka.

“Hari ini menandakan ulang tahun penuh permulaan kempen kejam penganiayaan kerajaan China terhadap pengamal Falun Gong. 23 tahun kemudian, kami mengingati mereka yang berada di China yang telah dinafikan kebebasan beragama,” kata IPAC dalam kenyataan itu.

“Kami sekali lagi menyeru kerajaan kita untuk bangkit dan bersuara bagi menamatkan penindasan sedemikian. Kerajaan China mesti bertanggungjawab untuk menegakkan hak asasi manusia dan kebebasan beragama semua warganya di China.”

IPAC ialah kumpulan penggubal undang-undang rentas parti antarabangsa yang mendesak negara demokrasi mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap PKC dan aktivitinya dalam perdagangan, keselamatan dan hak asasi manusia.

Tonton video di bawah:

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI