Ketika suhu meningkat dengan agak melampau pada musim panas yang merentasi sebahagian besar hemisfera utara, perlindungan daripada panas terik matahari mungkin sukar diperolehi, terutamanya buat haiwan yang tiada tempat tinggal.
Tetapi nasib baik untuk kucing jalanan ini, kerana tempat selamat untuk mendapatkan perlindungan daripada bahang terik matahari telah ditemui hasil belas kasihan dan kebaikan hati yang menyegarkan daripada seorang yang tidak dikenali.

Seorang pengguna TikTok, Rayan Algamdi merupakan pemilik perniagaan elektronik di Arab Saudi, dan pada suatu hari dia melihat terdapat ‘pelanggan’ yang berbeza di depan pintu kedainya, lantas mula merakam gelagatnya.
Ketika Arab Saudi yang sedia ada bersuhu panas turut dilanda gelombang panas, seekor kucing terbiar dengan muka sedih mencari tempat perlindungan untuk melarikan diri daripada suhu yang melampau tinggi.

Kucing itu mencakar-cakar pintu kedai Rayan sambil mengiau tanda merayu kepada lelaki ini untuk membenarkan dia masuk bagi tujuan menyejukkan badannya.
Dan Rayan tidak mensia-siakan peluang ini untuk membantu haiwan yang tidak bersalah dan sedang memerlukan.

Rayan membuka pintu dan menyambut kucing itu dengan tangan terbuka.
“Silakan masuk.. Dia mahu masuk. Mari masuk. Cuaca amat panas hari ini, bukan? Masuklah, masuk, silakan..” kata Rayan.



Apabila kucing itu pantas masuk ke dalam dan berbaring di atas lantai yang sejuk, kita dapat merasakan kelegaan kucing itu sendiri yang akhirnya dapat menyejukkan badannya.

Kasihan kucing ini, nasib baik ada Rayan yang baik hati.
Rayan kemudian menyediakan makanan dan air untuk kucing itu, juga memastikan yang haiwan jalanan itu selamat selama mana yang dia perlukan.

Semoga Rayan Algamdi sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan atas kebaikan hatinya melindungi haiwan terbiar.