30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024
UtamaBerita UtamaElon Musk tuduh Bill Gates lakukan 'short selling' saham Tesla

Elon Musk tuduh Bill Gates lakukan ‘short selling’ saham Tesla

Elon Musk dilaporkan sekali lagi telah menuduh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates, menjual saham Tesla Inc secara ‘short sell’. Hal ini telah menimbulkan keraguan ramai mengenai rancangannya dalam menangani isu perubahan iklim.

Dalam satu siri ciapan Twitter, Musk mendedahkan bahawa kedudukan yang disandang oleh Gates kini memerlukan sehingga $2 bilion untuk pasaran saham ditutup.

Harga saham Tesla telah menyaksikan peningkatan 20 kali ganda sejak 2019, daripada $37 sesaham pada 2019 kepada nilai dagangan semasa pada sekitar $760 setiap satu dan mencapai paras tertinggi sepanjang akhir tahun lalu sebanyak $1,222 sesaham.

Ia bukan kali pertama beliau mempersoalkan komitmen Gates untuk membantu dalam menangani cabaran iklim. Musk sebelum ini telah mengesahkan bahawa perbualan mesej antaranya dan Gates yang telah bocor mendedahkan bahawa Gates mengaku bahawa beliau telah menjual saham Tesla secara ‘short selling’.

Pasukan perhubungan media Gates walau bagaimanapun masih belum memberi respons untuk mengulas mengenai isu tersebut.

“Saya tidak fikir sama ada kenyataan yang diberikan oleh Tesla- sama ada pendek atau panjang menunjukkan kesungguhannya dalam isu perubahan iklim,” kata Gates kepada The Wall Street Journal pada awal Mei. “Saya walau bagaimanapun memuji peranan Tesla dalam membantu perubahan iklim,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu juga berkata bahawa beliau akan memperjuangkan isu kebebasan bersuara di platform yang menurutnya mengamalkanberat sebelah.”  

Baru-baru ini Musk melancarkan tinjauan (poll) di Twitter dengan bertanya kepada pengikutnya sama ada mereka percayakan golongan bilionair dan ahli politik ataupun tidak. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa hampir 76 peratus daripada 3.4 juta responden mengundi bahawa mereka kurang mempercayai ahli politik.

Ekoran tinjauan tersebut, terdapat pengguna yang mula bertanya tentang pengasas Amazon, Amazon Jeff Bezos, dengan bertanya sama ada  (secara umumnya) beliau adalah orang baik atau sebaliknya.

“Dia baik sahaja,” tulis Musk untuk menjawab pertanyaan tersebut.

Bezos sebelum ini pernah mempersoalkan sama ada Twitter akan jatuh di bawah pengaruh Beijing, beberapa jam selepas Musk membeli platform tersebut dengan harga AS$44 bilion.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI