25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaSalmonella: KKM arah mentega kacang tercemar ditarik balik dari pasaran

Salmonella: KKM arah mentega kacang tercemar ditarik balik dari pasaran

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk mentega kacang berjenama Jif di pasaran Amerika Syarikat. Hal ini berlaku ekoran kebimbangan terhadap bakteria Salmonella yang dikatakan telah mencemarkan mentega kacang jenama tersebut. Penarikan semula produk berkenaan telah diketahui melalui notifikasi yang diterima dari International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi kenyataan akhbar pada 30 Mei lalu memberitahu bahawa notifikasi tersebut menyatakan Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA) telah mengarahkan produk mentega kacang berjenama Jif dengan nombor batch di antara 1274425 hingga 2140425 iaitu hanya melibatkan tiga (3) digit terakhir 425 ditarik balik kerana telah tercemar dengan bakteria Salmonella.

“Produk mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara seperti Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan termasuk Malaysia.

“Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan produk mentega kacang berjenama Jif tersebut telah diimport ke negara ini. Sehubungan itu, KKM telah meminta pihak syarikat yang mengimport menarik balik produk yang terlibat di pasaran,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau di semua pintu masuk negara bagi memastikan tiada produk terlibat memasuki ke negara ini.

Beliau juga menggesa penjual untuk menghentikan penjualan produk terlibat dengan nombor batch di antara 1274425 hingga 2140425 dengan tiga (3) digit terakhir 425 dengan serta-merta, manakala pengguna yang telah membeli produk tersebut dengan nombor batch terlibat diminta untuk tidak memakan produk tersebut.

Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang telah diproses jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI