25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaKajian mendapati ‘sayang’ adalah kata laluan yang sering digunakan di Malaysia

Kajian mendapati ‘sayang’ adalah kata laluan yang sering digunakan di Malaysia

Mencipta kata laluan adalah antara perkara yang sering menyesakkan dada atas pelbagai sebab. Antaranya ialah kesukaran mengingati kata laluan, kebimbangan terhadap pencerobohan kata laluan dan kekurangan ilmu untuk mencipta kata laluan yang sukar diceroboh. Perkara ini akhirnya membuatkan ramai orang di seluruh dunia memilih ‘123456’ sebagai kata laluan. Kajian tentang kata laluan yang bocor yang dijalankan oleh pihak ketiga, atas ihsan pengguna Github Ata Hakçıl, mendapati ‘sayang’ adalah kata laluan yang sering digunakan di Malaysia. Adakah anda salah seorang daripada mereka yang menggunakan ‘sayang’ sebagai kata laluan?

FACEBOOK

Tidak dinafikan ‘123456’ adalah kata laluan yang sering digunakan di seluruh dunia. Namun, sebaik sahaja anda mengisih kata laluan yang sering digunakan mengikut negara atau bahasa, anda akan mula melihat hasil yang sangat berbeza. Ini termasuklah kata laluan ‘sayang’ yang ternyata paling banyak digunakan di Malaysia dan Indonesia. Manakala di Amerika Syarikat pula, ‘iloveyou’ merupakan perkataan yang sering digunakan sebagai kata laluan.

Express VPN

Baru-baru ini, Express VPN menjalankan tinjauan dengan kerjasama penyedia tinjauan mudah alih Polfish untuk bertanya kepada seribu orang dewasa Amerika Syarikat tentang pilihan kata laluan mereka. Express VPN belum mendedahkan hasil tinjauan sepenuhnya namun berikut adalah tinjauan ringkas mengenai maklum balas yang mereka terima.

  • Rata-rata orang menggunakan kata laluan yang sama untuk enam laman sesawang dan/atau platform.
  • 43% orang mendapati orang tersayang mereka dapat meneka kata laluan dalam talian mereka.
  • 2 daripada 5 orang mengakui menggunakan variasi nama pertama dan/atau nama keluarga mereka sebagai kata laluan dalam talian mereka.
  • Penemuan ini mencerminkan amalan keselamatan siber yang lemah, namun dalam masa yang sama, 81% responden mengatakan bahawa mereka yakin dengan keselamatan dan privasi kata laluan dalam talian mereka.

Berdasarkan tinjauan tersebut, 43.9% responden menggunakan tarikh lahir sebagai kata laluan, diikuti 43.8% responden menggunakan nama haiwan peliharaan dan 42.30% responden menggunakan nama pertama sebagai kata laluan. Sesuatu yang mencuri perhatian adalah apabila seramai 26.1% responden menggunakan nama bekas pasangan mereka sebagai kata laluan. Mungkin semasa menjalinkan hubungan yang indah, mereka senang menggunakan nama pasangan sebagai kata laluan dan apabila hubungan indah tersebut telah berakhir, mereka mengekalkan kata laluan tersebut kerana malas untuk memikirkan kata laluan baharu atau pun sebagai kenang-kenangan. Pelik tetapi benar!

Express VPN

Kekerapan perkataan yang sama digunakan sebagai kata laluan sedikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang dalam hati pengguna aplikasi dalam talian, peranti, akaun bank dan sebagainya. Oleh itu, amat penting bagi setiap orang mempelajari cara untuk mencipta kata laluan yang sukar diceroboh. Ini kerana, terdapat pendapat umum yang mengatakan bahawa:

  • Kata laluan yang kuat selalunya rumit dan mengandungi karakter rawak, kata laluan yang lemah selalunya mudah diramalkan.
  • Kata laluan yang baik selalunya panjang, kata laluan yang lemah selalunya pendek.
PEXELS

Berikut adalah cara untuk mencipta kata laluan yang lebih kuat dan sukar diceroboh.

  1. Panjang: Kebanyakan pakar mengatakan kata laluan sepatutnya berada dalam lingkungan minimum 8 karakter dan secara ideal adalah antara 12 hingga 15 karakter.
  2. Rawak: Ini bermaksud kata laluan anda seharusnya tidak mengandungi apa-apa maksud tetapi dicipta dengan gabungan huruf, nombor dan simbol secara rawak. Anda boleh mencipta kata laluan rawak secara dalam talian dengan menggunakan penjana kata laluan.
  3. Unik: Untuk keselamatan maksima, anda seharusnya menggunakan kata laluan yang berbeza untuk setiap akaun dalam talian yang anda miliki. Jika anda mengulang kata laluan yang sama atau mengikut satu corak pengulangan, orang lain boleh cuba untuk menceroboh akaun anda yang lain dengan menggunakan kata laluan tersebut.
PEXELS

Benar, jika anda mengikuti cara ini kata laluan anda menjadi kuat tetapi hakikatnya anda sukar menghafalnya. Inilah sebabnya mengapa pengurus kata laluan disyorkan. Mereka menyimpan kata laluan anda dalam peti besi yang dirahsiakan – anda hanya perlu mengingati satu kata laluan utama untuk mengaksesnya.

Cara lain untuk melindugi privasi dan keselamatan dalam talian ialah dengan memuat turun aplikasi VPN. Anda hanya perlu menghidupkannya dan ia akan memberikan anda satu alamat IP baharu sambil ‘menyembunyikan’ trafik anda. Ini menyukarkan pihak penceroboh untuk melihat apa yang anda lakukan dalam talian.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata anda tentang betapa pentingnya mencipta kata laluan yang kuat dan sukar diceroboh. Masih mahu menggunakan ‘sayang’ sebagai kata laluan? Fikir-fikirkanlah…

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI