33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaBanyak kemalangan libatkan bayi di rumah, ibu bapa perlu lebih peka terhadap...

Banyak kemalangan libatkan bayi di rumah, ibu bapa perlu lebih peka terhadap anak kecil

Antara perkara yang paling ditakuti oleh mereka yang bergelar ibu bapa ialah apabila ada kemalangan menimpa anak kecil mereka. Walaupun pelbagai langkah sudah diambil tetapi kadangkala kemalangan tetap tidak dapat dielakkan.

Kemalangan yang melibatkan anak kecil boleh dikatakan banyak kali berlaku. Ada si kecil yang dilaporkan jatuh buaian, ada pula yang tersedak susu dan lebih serius ada yang lemas di bilik mandi.

Baru-baru ini seorang ibu berdepan detik mendebarkan apabila bayi lelakinya tiada di sisi ketika dicari. Bayi lelakinya itu kemudian ditemui di celah katil akibat terjatuh dan tidak lagi bernyawa. Kejadian tersebut dikongsi sendiri oleh si ibu tersebut di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM).

Menerusi perkongsian oleh Thira Mishu, dia memuat naik beberapa foto yang memaparkan pasukan forensik dan wajah anaknya berusia dua bulan itu.

Jelasnya, dia baru sahaja bangun tidur dan mula mencari anaknya bernama Mohd Adrayyan Zayn Amsyar di dalam rumah. Walau bagaimanapun, dia tidak menemui anaknya kerana tidak menyangka mangsa sudah terjatuh di celah katil.

Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Dalam kejadian lain yang melibatkan anak kecil, seorang pengguna TikTok, @wagyukubb, turut berkongsi cerita insiden yang melibatkan bayinya.

Menurut rakaman video CCTV yang dikongsikan itu menyaksikan seorang bayi terjaga di tengah malam dan terlihat seperti dalam keadaan lemas akibat terperangkap di bawah selimutnya.

Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku ibunya sedang tidur nyenyak dan tidak sedar akan apa yang berlaku. Suara bayi ini kedengaran seperti sukar bernafas gara-gara selimut tersebut menutupi seluruh mukanya.

Nasib masih menyebelahi apabila ayah kepada bayi ini masuk ke dalam bilik tersebut dan mengalihkan selimut tersebut daripada terus menutupi muka anak kecil ini.

Bayangkan apa yang akan berlaku jika si kecil itu tidak diselamatkan dengan segera? Ada kemungkinan dia akan kehilangan nyawa akibat lemas.

Sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, ibu bapa khususnya perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih terperinci. Ya, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa tetapi lebih baik jika kita berusaha untuk mengelakkannya.

Berikut adalah 13 tips untuk mengelakkan berlakunya kemalangan melibatkan anak kecil di rumah:

1. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam bilik.

2. Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan lain-lain bahan kimia yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan-bahan ini ke dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangka ianya makanan atau minuman.

3. Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak.

4. Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah (BBQ, kenduri dan sebagainya), jangan benarkan kanakkanak berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan di tempat yang selamat.

5. Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.

6. Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda dari memasukkan jarinya atau lain-lain benda ke dalamnya.

7. Kesat atau lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh.

8. Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di dalam rumah dan pastikan setiap orang dewasa di dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.

9. Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan dan servis alatalat ini.

10. Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan kebakaran.

11. Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja.

12. Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak berkenaan tempat berkumpul di luar rumah sekiranya berlaku kebakaran.

13. Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan tinggalkan ubat-ubatan di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah “gula-gula”. Jangan memakan ubat di depan anak.

Sumber: Info Sihat

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI